Tuesday, September 7

Hidup Aku Ibarat Time Capsule

Aku menenung ke arah taman dekat belakang rumah aku sambil menghirup Teh Cap Ahmad yang pada kotaknya     mengaku dirinya dari London tapi kebarangkalian tinggi dari golongan pendatang dari Pakistan tak pun, India. Taklah sesedap teh gerai mamak dekat Malaysia tapi, bolehlah daripada minum teh-teh mat salleh yang tak berasa langsung.

Lu ni kelakarlah bro...

Dengan tetiba si Jiman menegur aku petang yang aman damai tu. Apa gila pulak budak sekor nie? Mentang-mentang dah cukup seminggu dia tumpang rumah aku, elok habis seminggu, dia dah start dah nak kutuk aku pulak ye?


Nasib baiklah makhluk berjanggut depan aku tu member baik aku dari zaman sekolah lagi.


Takdelah bro. Kita dah lama tak jumpa tapi, lu punya cakap tak ubah macam zaman sekolah-sekolah dulu. Itu je yang kelakar...


Oh, iye ke?


Kata-kata aku sengaja di tekankan ke-Melayu-an dia. Manalah tau, dah lama aku dok negeri orang nie, ada kemungkinan besar aku cakap Melayu bunyi sengau macam Tuan Brown, mat salleh pengurus estet kat bumi Malaya dulu kala. Mati aku kena gelakkan orang Malaysia kalau gitu.


Taklah pelik macam orang Melayu zaman filem P. Ramlee gitu tapi peliklah kalau bebudak muda sekarang nie dengar.


Betul jugak cakap si Jiman tu. Yelah, time aku naik kapal terbang jumbo jet menuju ke tempat yang sejuk gedi ni airport dia masih dekat Subang lagi. Sekarang ni, airport Subang yang macam airport kat negara Afrika tu dah di ganti dengan airport yang kilat barat, lapang selapangnya dekat tanah paya yang orang panggil Sepang pulak.


Band ACAB yang dulunya botak licin macam bontot baby pun dah berambut panjang dah. Aku pulak, terbalik. Rambut aku yang grunge ala-ala Dave Grohl  pun dah mula pendek, nipis dan kalau angin tiup lebih sikit, boleh nampak bahagian-bahagian yang bersinar dek kulit kepala yang terdedah. Perdana Menteri Malaysia pun dah tiga orang yang lain, dari Che' Det ke Pak Lah sampailah ke Abang Ajib 1Malaysia kita sekarang ni. 


Banyak dah berubah keliling aku tapi tutur kata aku tetap sama. Kelakar jugaklah. Macam  time capsule. Bukan macam Eric Bana dalam Time Traveller's Wife tu atau pun macam filem Back to the Future tapi adalah persamaan dia.


Betul lah cakap kau Jiman. Bilalah aku nak boleh balik Malaysia...


Chip kini menetap di bumi hijau Ireland. Habitat penulisan asalnya ialah sebuah blog berjudul Hikayat Skuter Hijau...
Chip ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan Eid Mubarak kepada Editor-in-Chief blog 100 Penulis ini kerana memberikan peluang kepada Chip untuk menyumbangkan secebis pendapat di sini. Tak lupa juga kepada anda si pembaca blog 100 Penulis dan penulis-penulis yang lain

16 comments:

R.K said...

balik kampung la raya !
:)

icelemon said...

menarik sungguh...hhoh

ASaDa RyutaRo said...

tak nak balik malaysia? hee =)

tp tahun ni, beraya d perantauan jugak..

salam kenal (^^,)

100penulis said...

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

....haih...

nur.sa said...

badan ada di ofis tapi mood dah mahu balik kampung.. haiya..

selamat hari raya si perantau :)

chenta said...

wah..menariknye entry..

salam perkenalan dan selamat hari raya ^_^

kata kila said...

nice entry. gud gud:)
heheh.selamat hari raya ya

Sumandak Kinabalu said...

selamat hari raya :)
berhati-hati ketika memandu yaa...
ingatlah orang tersayang...

Chip said...

@R.K.: Nak sangat balik Raya tapi kalo harga tiket kapal terbang pun dah nak bole habis bayar Myvi sebijik, aku tunggu dululah...

Kalo murah rezeki nanti dah tentu aku pulang!

@icelemon, chenta & kata kila: Tima kasih bebanyak. Saja je ingat nak bagi twist sket dari Salam Kenal yang standard.

@asada: Sesamalah kita... ada apa-apa plan menarik ke?

@100penulis: Waduh...bikin syahdu lah pulak...

@nur.sa: Nasib baik dah coti dah nie...keje tido lah pulak. Puasa sini panjang tuuu...

@Sumandak: No problem. Aku bawak keta macam orang tua...ahaks!

Raja Fiqri Fauwaz said...

Klasik.

dan kapsul masa.

Simpan, sampai masanya kita buka.

:)

Clarky Afif said...

hidup macam kapsul masa.

dah tua2 tu banyak makan kapsul ubat pula. hoho

miss faten said...

Hee takpela lain daripada yang lain sikit cara percakapan tuh, nnt ramai orang dapat mengingatinya :)) Apa2pun Salam Aidilfitri si perantau :) Jangan lupa kami hahaha di Malaysia XD

kusut said...

entah2 org yg beraya kat perantauan tu lagi meriah kot. beza dia, family je yg takde kat sbelah.

aku rase tahun ni raya aku kat perantauan paling meriah setakat ni kot. siap beli furniture baru!

sYazY_dZaiMa said...

Alahai,siannya, huu. paham sangat dah dgn harga tiket ni, walaupun tak pernah dok luar Malaysia. Apapun, Salam Aidilfitri di kejauhan :)

Chip said...

@Fiqri & Clarky: Tima kasih. Tapi takat nie taklah tua sangat sampai kene makan kapsul lagi...ahaks!

@Miss Faten: Dah tentu tak lupa yang kat Malaysia tu... baru jap tadi tepon mak

@kusut: Dah masuk 11 tahun dah aku beraya kat Ireland. Sekali je sempat balik raya dalam time tu. Seriously, lagi lama, lagi meriah jadinya, nak-nak bila geng Malaysia dah bukak kampung kat sini.

@Syazy: Bab duit, tak yah dok obersea pun semua orang bole paham kan?

@Nizam: Betol tu. Teknologi banyak membantu. Kalo dolu komplen tak boleh tengok muka, sekarang nie Skype/YM/GTalk semua dah ada video. Terubatlah sikit rindu tu...

CikGadis said...

dah balik mesia ker? balik la tgok orang-orang mesia hehe