Thursday, September 9

"habislah lepas raya semua orang daftar masuk The Biggest Loser"


Jam 5.10am

Ini merupakan the last sahur untuk Ramadhan kali ni, itu pun kelam-kabut makan minum air dan datang menulis (untuk scheduled post) sebab sejurus lepas subuh nanti terus akan bertolak balik kampung, dengan azam nak elak berpusu-pusu sepanjang highway dengan 1.5 juta kereta yang lain. InsyaAllah kami beringat-ingat tanpa speeding dan bayar saman macam tahun-tahun sebelum ni.

100 penulis
Maka dalam post ringkas ni, saya nak ucapkan Salam Perkenalan buat editors dan pembaca 100 penulis! Semoga komuniti ini akan berkembang dengan lebih pesat di samping membantu menyatukan hati jiwa kita ke arah destinasi yang indah di dunia dan akhirat. (ayat kepala tak tidur satu malam) 

Kenapa saya menulis?
Tujuan saya banyak bercerita dalam blog adalah bagi membuktikan kepada bekas girlfriend yang dump saya beberapa tahun lepas yang hidup saya bahagia gembira tanpa duka-lara siap boleh mengembara sini-sana belajar macam-macam tanpa beliau di sisi. Okey, tak nak dapat dosa hari terakhir Ramadhan, Gurau Gurau. Macam korang jugak, saya dapat kepuasan melalui gerakan tari menari jari di keyboard. 

Koshary tu apa?

Bila orang arab mula bertanya nama saya, dan saya jawab, mereka akan mula tergelak guling-guling tak hingat dunia sebab nama saya dalam bunyi Melayu normal biasa je, tapi bila dibahasa arabkan, bunyinya jadi seperti nama makanan popular di Mesir, Koshary. Makanan yang terdiri daripada nasi, spaghetti, macaroni dan sos tomato.  Oleh itu,  kerana saya tidak mahu rasa malu lagi dengan nama tersebut, maka mula dijadikan nama pena untuk instill sedikit rasa bangga dalam diri.

memang dari sekolah rendah lagi nama saya ni dikaitkan dengan makanan. Dari sekolah dipanggil kucai, bila minggu lepas mak suruh beli daun kucai, baru saya tahu rupa paras daun kucai tu macam mana. Ni belum suruh pilih ikan terubuk dengan ikan kerapu dekat pasar lagi, memang dasar tak ngerti. 

Salam Aidulfitri
Oleh kerana esok kita dah mula berhari raya selama sebulan pula, Saya dengan ikhlas hati mengucapkan selamat melantak pulut ketupat rendang di hari raya. Selamat mengumpul duit raya bagi yang masih baby-face. Dan selamat menguruskan kembali perut dan berat badan selepas hari raya.  

terimalah hadiah dari saya;

Anda semua dijemput beraya secara virtual di rumah maya saya di sini! dan kalau mahu kad raya macam-macam jenis lagi, boleh save-as di sini!

Salam Aidulfitri,
Salam perkenalan,
Kullu sanah entum toyyibin.

17 comments:

nur.sa said...

salam koshary
td tertanya jugak apa maksud koshary. sekarang sy ngerti. hehe.

baek! kami akan berdiet lepas raya nih.

selamat hari raya :)

Fina Sophie said...

oh so koshari tu ur real name la eyh?

no wonder hri tu ada terbaca statement awak, awak cakap nama awak jd bhn dekat situ. hehe. (- -")

teringat sikit wktu dulu, ade sorang artis pmpuan underground dr itali nama 'babi' hbs kena gelak oleh budak2 mlysia kita. padahal for them 'babi' tu samalah mcm 'baby'. heh.

kata kila said...

diet diet diet.ngaaaaa

selamat hari raya ye koshari!

wahh..kila punya bunga api bentuk love tu macam kad raya tu jgak.ekeke

Ilidina.. said...

selamat hari raye aidilfitri!

kusut said...

slamat raye juge!
slamat melantak dan slamat mengurus

kesian sungguh artis itali itu

sYazY_dZaiMa said...

hello koshari!! selamat hari raya jugak :)

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. koshary.. selamat balik ke kampung n selamat hari raya aidilfitri..

moga raya kali ni bawa lebih kemeriahan =)

Aida Ismail said...

Selamat hari raya juga Koshary!! hehe =) enjoy raya yer..

koshary said...

@Nur.sa
Hehe, wokeyh. nanti kita cari recipe koshary pulak, juadah raya tahun depan.

Selamat berdiet! eh eh Selamat Hari Raya!=D

@Fina
nama ejaan betul kushairi sbnarnya. tpi dh mulut arab, ssh sangat nk sebut bgi btul. last2..koshary depa balon.

nasib baik jugak badan tak kene macam babi eyh.=)

@kila
orite jom diet!
mcm ni boleh buat join venture jual kad bunga api bentuk love la!=p

Selamat hari raya juga!

@llidina
selamat hari raya juga!!

@kusut
betul tu!semoga kita selamat melantak and then baru mengurus!

selamat beraya!

@Syazy
hello!semoga berbahagia berhari raya!

@asada
haha, kalau sua koshary time raya mahu kita nk mkn yeh?

same to you too!

@aida
Selamat bemain bunga api mercun juga! hehe.
salam aidulfitri!=D

Aida Ismail said...

Harap korang kenal aida ismail = cikda. hukhuksss

cIk JanNah said...

lucu sikit bab kucai tuh. selain dari kucai ada x panggilan lain? nak bahan lah T_T

selamat balik lg koshary! selamat hari raya aidilfitri! selamat makan ketupat!

T__T

koshary said...

@aida ismail
kenal la aida ismail tu cikda, cikda tu aida ismail.=D

@cik jannah
hehe, nak cari bahan lagi?
yang dah jadi ramuan pun tak larat nk telan dh. cukup2.. =p

selamat makan rendang pada anda juga!

Aida Ismail said...

haish!! nasib baik koshary tau, kalau tak tahu, cikda mahu sekeh sekeh nti..hehe,gurau yer..esok kan raya =P

Q said...

Selamat Hari Raya..
kalau kat kedai Q lagi menarik. dah macam muzium sayur dah. ada yang tak kenal sawi, terung dll. nak kena kenalkan. hahaha

er..ade borang kosong utk the biggest loser lagi tak. hahahah

koshary said...

aiyyok korang cikda nak sekeh korang!
baek rasuah mercun skang..=D

@Q
maka ramai lajgk orng mcm ak ni yeh.HEHE. normal2. =D
xpa2, kita blaja slow2 sama2.

borang biggest loser boleh amek kat cikda. hee=D

Aida Ismail said...

@koshary!! cikda nk sekeh kamu jer! dush dush! hehe =P

haaa, mari2 semua, nk borang kan? sila2 jgn segan2, hubungi cikda di talian bebas tol yer..kihkih, tp cikda cuma pembantu, yang boss biggest loser nyer koshary, kan koshary kan?? lalala =D

koshary said...

alamak mcm mana kita nk jadi bos biggest loser nie, hari ni saja dh jadi champion biggest gainer. kiter terpksa tukar rancangn laa jwbnya!=D