Monday, September 13

Dulu & Now

Maap, entri picisan ini hanyalah sekelumit dari apa yang terkandung dalam arkib kepala otak si-penaip. Si-penaip namanya penselnya KeCiK, full-tak-full-sangat-time student yang masih belum ada apa-apa yang boleh dibanggakan kecuali pointer CGPAnya yang agak not bad. Masa darjah tiga dulu pernah dapat nombor 1. Pernah main bola wakil rumah sukannya iaitu rumah Hijau. Masa darjah enam kelasnya pernah terbakar gara-gara bermain mercun di dalam kelas. Hebat bukan?

This cheap comparison is made based on a method called effort-less-observation during his life as a kanak-kanak who knows nothing about life. Children my days vs Children nowadays.



Children those days.
Gi sekolah dapat duit poket around 70sen. Paling tinggi rm1 sebab ada 'kononnya' ada kelas tambahan.

Penggemar jam boy London dan juga jam digital yang ada kalkulator, janji boleh tekan-tekan. Dulu pernah ada jam tangan KFC yang mempunyai bentuk fizikal kereta kebal yang boleh memancarkan laser. Kaler hijau kalau tak salah.

Petang-petang kami mesti main bola. Kadang-kadang ikut musim, guli-layang2-kondakondi-gasing-galah panjang-polis sentri-baling selipar. Kami bukan delicate boys yang main masak-masak ataupun main kawin-kawin.

Dam ular, dam aji, karom, main ceper. Paling up game tetris yang boleh beli kat pasar malam. Siapa yang cukup kaya time tu ada game MicroGenius. Game kaset yang sangat terkenal dengan game Kontra, Pacman, Motocross (yg bole buat trek sendiri) mahupun RoadFighter (kalau laju leh fight dengan Superman yg lalu kat tepi).

Sanggup bangun seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu & Ahad semata-mata ingin melihat kartun Dragon Ball. The likes of Joe Jambul, Sesame Street, Slam Dunk, Captain Planet, Cybercop etc were just too awesome to be missed.

Kami main beskal instead of motorcycle. Rim cat sendiri. Seat ngan handle bar juga kami ejas sendiri. Fork stand pasang depan belakang so that nanti boleh buat trick macam Mat Hoffman dalam X-Games. Dapat buat trick tail-whip dah kira OMG.

Dulu kami ada pen-pal. Pakai surat je. Setem 30sen dah boleh hantar surat ke Sabah, Sarawak, Florida mahupun German. Emel? Apa tu? Disket size 3.14MB tau lah. Baru masuk game Mario dah full.

Petang-petang nak main apa-apa terus je datang rumah member.
"Assalamualaikum...Assalamualaikum....mak cik, Mamat ada kat rumah tak? Nak ajak main bola lah. Budak taman lain ajak lawan bola..."
"Kejap ye nak, nanti mak cik panggilkan..."

5 minutes later...

"Dia cakap pergi dulu, dia baru bangun tidur..."
"Tengkiu mak cik, cakap kat dia saya tunggu kat padang..."

p/s: Cilaka ko Mat, semalam sembang kencang nak main awal.

Kami kat sekolah;
"Cikgu, malu lah duduk sebelah perempuan..geli !"
"Kamu bising sangat, sebab tu cikgu bagi kamu duduk sebelah perempuan. Bising lah lagi" Dah la tak hensem, blushing lak tu. :)

Masa sekolah paling suka bila cikgu tak datang, then bila cikgu relief masuk, "Ok kids, masing-masing buat kerja sendiri"

Super!

Masa sekolah paling tak suka bila Cikgu PJK cakap, "Masa dah takde, so hari ni kita duduk dalam kelas je"

Dem!

panjang punya p/s: Hey, do you prefer to read this cheap entry with graphics? Curious bout the differences between those days and nowadays ? Don't shy-shy cat lah, tak susah mana pon usha cheap entri ni kat ----> keciksukamainbola. Thanks in advanced and eh...ter-forget plak, SELAMAT HARI RAYA ke-empat !

12 comments:

fndrocka said...

best giler tine skolah bila cikgu suruh buat kerja sendiri...rasa cam heaven walaupun sebenarnya dok tak buat apa2 pun

ASaDa RyutaRo said...

terkenang zaman kecik2.. mybe kita ni seangkatan kot. malu dgn perempuan.. skrg mencari2 perempuan nak buat bini. hahaha..

entah apa cerita pen-pal aku tu dlu. dia duk brunei. kenal lg ke dia dgn aku ni? hahaha..

R.K said...

kecik ada mana ? datang umah lah .. buat macam dulu-dulu ..

Assalamualaikum ... makcik ooo makcik , kami datang nak beraya ..

:)

afifaa. said...

hey! macam klaka je entry ny. heee. (:

kusut said...

ahaha sempoi. suke lah entry ini!

best nye dulu2 merayap pegi mane2 pun selamat je. yg tak selamat nye bile balik lambat sgt pastu kene marah dgn mak pasal dah maghrib baru balik.

slamat hari raye :D

KeCiK said...

R.K, dude..gua kat senawang lah ni. bergonjeng di senawang smpi hari isnin.klas isnin gua relakan ter-skip semata-mata menyoo vs liv. wei skali lah wei..

YaY ! thx 4 ur comments! I shall korek-korek all my children-days for the sake of u guys!

p/s: dulu skolah amek upah jual majalah dewan plajar, kuntum etc. cikgu relakan sbb aku mmg hopeless bab akademik. :)

nur.sa said...

hahahaha. bila cikgu PJ cakap macam tu otomatik seme budak2 muka masam sebab tak boleh nak melompat2 kat padang waktu PJ. :) sangat rindu waktu2 kecik tu.

Pert Doherty said...

Kecik, gua rasa lu adalah gua..

p/s: mungkin stiap the kop memang mempunyai sjarah yang sama. Gua ada juga terlintas, mungkin gerrard juga demikian..

KeCiK said...

Nur: ofkos beb, kami yg memang hopeless mmg taksub dgn matapelajaran PJK. Mine would be Physical Education and Art. The likes of Math, History and others were too-susah utk kami. haha..

Pert: Gua rasa mcm tu jgk. Kopities are different. Kita buat apa org tak buat. Janji jgn samakan gua dgn Lucas. haha. Kalo dia main Serie A konpem dia jd legend.

Sumandak Kinabalu said...

dulu masa kecik2, tak sabar nak jadi dewasa...rasa penat sangat nak study
skrg dah dewasa, rindu pula memori kecik2 tu...hmmmm

humbleyat said...

hi kecik..best entry ni tak perlu graphic pun.entry ni membuktikan budak2 dulu mmg bez...

KeCiK said...

Se-evil-evil aku dulu memang goyang dgn chegu,nmpk chegu disiplin lalu sanggup amek route lain.
Skrg chegu baru gunting rmbt+piat lemak perut+jentik cuping telinga, lawyer sudah smpi skolah.

Take note peeps. Didikan agama+moral seawal mungkin is so dem important.

pergh,dah mcm usrah pagi jumaat plak.
:)