Thursday, September 23

Cinta itu pada hati, bukan rupa..

Assalamualaikum dan selamat petang warga 100penulis sekalian..

Ini entry first saya. Jadi, masa pun hampir suntuk, saya titipkanlah sebuah kisah yang sangat sweet bagi saya untuk saya kongsikan di sini..

Di suatu masa, ada seorang lelaki yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Pada suatu petang..



Pemuda itu telah terjumpa sebuah nota yang diselit di dalam sebuah buku. Tertulis di situ "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat sehidup semati" serta terdapat sebuah alamat di bawah pesanan itu.

Tergerak hati si jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis warkah kepada si gadis untuk mengkhabarkan niatnya ingin mengenali si gadis tersebut. Beberapa hari kemudian, si jejaka mendapat balasan warkah dari Catrina dan dia juga bersetuju untuk mengenali si pemuda.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Persahabatan mula bertukar menjadi sebuah kasih sayang. Namun begitu, mereka masih belum bersua. Masing-masing ingin bertemu dengan kekasih hati. Walaupun demikian, kasih sayang mereka tetap utuh di hati.

Pada suatu hari, si jejaka yang bertugas untuk menjaga keamanan negara mendapat arahan untuk ke medan perang. Si jejaka sangat susah hati kerana bimbang jika dia tidak sempat untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Maka, diutuskanlah sepucuk warkah buat Catrina:

"Jika kita ditakdirkan untuk bersama, dan jika kau masih sayang padaku, kita akan berjumpa di stesen kereta api pada hari peperangan diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum mawar merah. Setelah itu, izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuamu".

Maka pergilah si jejaka ke medan perang dengan tenang dan yakin dengan janji Allah SWT setelah mengutuskan warkah tersebut..

Beberapa tahun berlalu..

Pada hari pengumuman tamatnya peperangan, si jejaka pergi ke stesen kereta api dengan membawa sekuntum mawar merah seperti yang dijanjikan. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang terdapat di situ.

Tiba-tiba, matanya terpaku kepada seorang gadis yang gempal, hitam manis, wajah dipenuhi jerawat, sedikit juling dan jongang sedang duduk di atas sebuah kerusi roda. Gadis itu kudung kedua-dua belah kakinya dan sebelah tangannya. Hanya tangan kanannya sahaja yang sempurna dan tangan itulah yang memegang sekumtum mawar merah.

Si jejaka amat terperanjat melihat keadaan fizikal dan wajah si gadis yang 100% berlawanan dengan imaginasinya. Namun, demi cinta dan keyakinannya kepada janji Allah, dihampiri juga gadis itu.

"Catrina?"

Gadis itu memandang ke arah si jejaka lalu tersenyum ceria. Si jejaka membalas senyuman si gadis dan terus menghulurkan mawar merah yang dibawanya.

"Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama. Aku ingin bertemu kedua-dua orang tuamu dan orang tuaku juga sudah tidak sabar untuk melihatmu".

Si gadis tersenyum lagi dan berkata..

"Aku tidak tahu apa yang berlaku. Sejurus tadi ada seorang gadis cantik jelita bagai bidadari memberikan bunga ini kepadaku. Dia memintaku memberitahumu dia sedang menunggumu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu dengan orang tuamu".

Si jejaka terkedu. Lantas air matanya menitis memuji kesyukuran kepada Allah..

Berapa ramaikan insan yang mulia seperti lelaki ini?

Cintanya bukan kerana rupa, apatah laagi harta. Tetapi kerana hati. Dia tetap berpegang kepada perasaannya walaupun pada mulanya dia menjangka gadis itu adalah Catrina. Cinta itu pada hati, bukan rupa...

9 comments:

Fina Sophie said...

read this somewhere, but yeah, thanks for reminding me.. i like =)

.s.o.f.i.a. said...

walau dah pernah baca tapi nanges jugak............ sweet sangat.. suka!!!

Sofia said...

Cerita yg sgt sweet dan sedih nyaa.... yeah...lelaki yg macam ni ada, tapi mungkin 10orang dalam 100orang... wah, pandai2 aje wt statistik cmtuh.. hehehe

Mummy Nana said...

Sangat sweet citer nie... kalau buat filem mesti nangis.... huhuh.. tapi ada ke lelaki cam nie kat dlm dunia??? errr... kalau ada mmg bertuah sungguh isteri lelaki itew....

cIk JanNah said...

agaknya ada lagi x lelaki jenis macam 2 zaman sekarang?

koshary said...

rasa rasa kan,
untuk ada kekuatan melangkaui batas fizikal macam lelaki tu, mmg suci hati dia. salute laki mcm tu.

mungkin 1:100 000.=D

sYazY_dZaiMa said...

aww, sweet tp mungkin susah nak jumpa. kalau jumpa alhamdulillah. kalau tak, apa salahnya berusaha untuk menjadi seperti itu, kkkkaaannnn? :)

anyss said...

Salam,
Ada tak jejaka ensem yang macam tu kat sini? Datanglah makan malam dengan aku hu huhu...aku tunggu ni! tengah tunggu ni! datang tau!

humbleyat said...

sweet sgt citer ni.memang menguji cinta si lelaki.