Wednesday, July 27

cerita MALUUU aku

sedang aku blogjogging, tetiba aku DItarik oleh satu contest ni. contest apa? contest 'AKU MALUUU' by kila.
aku teringat pada 1 situasi yang demmmm memalukan dalam hidup aku, mengalahkan kemaluan yang ini.

sebelum tuh, aku nak tanya, korang pernah tak berangan or terbayang or  terpikir yang korang akan melalui satu situasi yang mana korang terjatuh or terduduk atas seorang lelaki HENSEM dalam bas or LRT or monorail or mana2 tempat pon lah. (pergh! sekali lepas!) pernah tak?? pernah tak?? ala2 dalam cerita dalam buku novel cintaN gitu~ hak hak! bukanlah aku nak kata aku pernah terbayang or terpikir or TERberangan pasal situasi ni..tak pernah okeyh! 
tapi..

tu lah masalahnya,
kes ni pernah kena kat aku. tak pernah TERpikir pon, tetiba kena. mesti korang akan berteriak (especially gegels) "waaahhh~!! best nyeee~!!" "wahhhh~!!syok nyeee~!!" "wahhh~!! bertuahnya badannnn~!!"  =.='

ok, mai aku ceritakan macam mana  kes ini boleh berlaku ( ayat skema dowh!)
ermm..
camane aku nak mulakan ye,

ok,pelan2 kayuh,
cam ni ceritanya.

hari tu aku naik bas nak pi kelas tambahan, (kes ni jadik masa aku sekolah menengah, tak ingat form berapa)
bila masuk je bas, alamak! penuh la seats! alamat aku kena berdiri lah nampaknya.
ok fineee.. berdiri je la dengan hati yang merungut.
hehe! *sengih muka ngadeh!*

nak dijadikan cerita, hari tu aku 'dapat' driver bas yang mabuk.
erk, jangan salah paham. sebenarnya, bukan mabuk sebab togok arak, tapi driver tu drive bas macam orang mabuk. TERHUYUNG HAYANG!
laju nak mati! bila nak turn right/left je,
sukati main turn macam tuuuuuuuuuu je!

nak dijadikan cerita lagi,
aku berdiri tak berpegang pada mana2 tiang dalam bas tu pon,
aku just bersandar pada dinding belakang driver, sambil peluk fail.

memandangkan aku berdiri mengadap muka2 penumpang yang tak berapa nak boleh pandang
(sebab 80% mereka org OVERSEA a.k.a orag PATI) =.='
aku pon menunduk jela sambil peluk fail tu.(nasib baik ada fail, boleh jadi teman dikala sunyi)

and tetiba!
streeetttt! ok tipu,takde la sampai macam tu sekali,hehe
ok2, aku ulang ayat 'and tetiba' ye, (nak ambik feel korang untuk baca part klimaks ni)


AND TETIBA..!!



ntah macam mana, driver tu ambik turn right (seingat aku)  dengan sungguh takde adab! macam tak tekan break langsung!
and
pada masa tu jugak aku TERjatuh atas dada mamat MACHO mana ntah kat depan aku!
demmmmm!! malu siot!!!

tapi yang menambahkan darjah kemaluan aku pada masa tuh was:
mamat MACHO  tu sebenarnya
mamat
-
-
-
-
-
-
BANGLA!!!!
and dia,
dia,
dia,
sengih meow2 kat aku!
MySpace


owwhhhh!!
kenapa?? MySpace
kenapa mesti aku yang jadi mangsa???
kenapa??
kenapa aku boleh tak perasan dia yang berdiri depan aku?? (tu lah kau, tunduk je,malu2 konon. heh!)
kenapa??
kenapa mesti bangla tu yang jadi watak hero nya???
owhhhhh!!!!!!
kenapa??
kenapa???
MySpace

masa tu pulak, ada budak2 lelaki 1 geng ketawakan aku!
kuang AJAAAAAAQQQQ!!!!!
MySpace


rasa macam aku dah berlakon dalam cerita hindustan pulak sebab hero nya mamat bangladesh
MySpace

hanys: kisah ni bukan rekaan tau, *SOBS*

15 comments:

Ilidina.. said...

auwwww..kesian! mamat bangla tuh amek kesempatan..

.s.o.f.i.a. said...

hahahahahahahahahahahahahahahaha.....dah abeh gelak kang aku komen...... memang malu wei!!!! gelak laie!!!! hahahahahahahahahahahahahahaha.........

100penulis said...

"korang pernah tak berangan or terbayang or terpikir yang korang akan melalui satu situasi yang mana korang terjatuh or terduduk atas seorang lelaki HENSEM dalam bas"

akan jadi satu nightmare utk sy. haha faham2 saja.

kalau jatuh/terduduk atas awek kiut, sy rela.

btw, lawak tul kisah ni hehe

ASaDa RyutaRo said...

HAHA HAHA HAHA HAHA HAHA HA HA HA HA HA...

kelakar seyh.. kenapa mesti mamat bangla??? kenapa? hahahaha.. klu aku tengok pun boleh guling2 gelak ni.

tapi klu aku kat tempat bangla tu, mungkin terus mintak contact no. ahahaha =P

sYazY_dZaiMa said...

hahahahahaha!! serius saya pun pernah kena, waktu tue naik lrt, dahla dtg kl pn sebab ikut kazen konvo kn, tiba2 plak dlm lrt, saya boleh buat2 mcm dh biasa dgn keadaan sekeliling, sekali org pusu-pusu masuk tolak, aiiyoooo, terduduk atas seseorang yg agak "empuk"..nie bukan mamat bangla hero, nie betol2 HERO TAMIL nie, MACHAAAAAA~ haahha, tapi kn, cara awak story, gila2 saya gelak guling-guling :))))

chenta said...

100penulis : "kalau jatuh/terduduk atas awek kiut, sy rela."

hah!lelaki ek?hehehehe


hooo..seram sejuknya kalau jatuh atas mamat bangla...eee...tetiba meremang bulu roma bila dibayangkan...

Raja Fiqri Fauwaz said...

and dia,
dia,
dia,
sengih meow2 kat aku!


aku tengah bayangkan part nih.. kah kah kah

kusut said...

betul ke bangla tu? ntah2 dia datang dr penang ke. macam kisah asada speaking london tu

sYazY_dZaiMa said...

@kusut, betul jugak kan. teringat kisah asada,haha~

Sofia said...

hehehe..
ini baru cite hindustan yg sebenar,,

tp, klu bangla tuh hensem cmne??

gagaga

h A n Y S said...

ha,gelak la korangggg..
gelak ahhhh~~!!!
trima kasih cik syazy_dzaima sbb penah lalui nasib yg sm..
aih..ni bkn penang mari..
hahaha

amira said...

nampak je bas mesti teringat peristiwa tu kan?? kan?? kan?

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahahaha lawak! relaks, sekali je lalu. semua orang mesti ade pengalaman yang lebih kurang sama memalukan. LOL
ish, ape salahnya mat bangla. kalau buat makeover tu mesti macho dan gaya habis. heheh

h A n Y S said...

@amira, takde lah, senanya, bila join contest tu br teringat kisah lawak ni..hehe
@danial ikhwan jaafar,kalau makeover gaya shahid kapoor,memang aku rela! jatuh berulang kali pon ok! kehkehkeh~

koshary said...

bila baca cerita ni kali kedua, ak terbayang bayang korang menari hayun hayun dekat tiang bas sambil nyanyi lagu hindustan.=D

sorry hanys, TERbayang. =D