Wednesday, September 22

Bukan Orang Asing

Dengan sengih-sengih menjemput anda klik banner kat atas ni.. (^^)

Assalamualaikum dan salam mesra kepada pembaca semua. semoga ceria selalu di mana jua berada. dah habis raya.. kepada yang bizi di tempat kerja atau dah balik ke tempat study, tak payah la nak angau dengan jiran sebelah kat kampung. simpan saja untuk raya tahun depan..

Hari ni asada si jejaka hensem ada cerita mau story. [giler poyo] hehe.. kisah serius ini terjadi di masjid bahagian Kuching sekitar Ogos 2008. teruskan pembacaan kisah ini...



Masjid Bahagian Kuching [Gambar dapat dari Google]

Lewat petang tu aku keluar ngan seorang kawan yang enggan aku siarkan namanya di sini. hampir pukul 6 petang,
aku dan dia terus berkejar ke masjid bahagian Kuching untuk solat Asar. Lepas solat aku kira mau terus duduk di masjid dulu. tambahan pula tak sampai sejam lagi akan masuk waktu maghrib. di luar hujan renyai-renyai, tak terlalu lebat. tiket menonton wayang jam 8.00 malam. lambat lagi..

Aku ke tangga masjid, melihat hujan yang turun sambil menyaksikan panorama indah Bandaraya Kuching pada waktu senja. tampak jelas segala pemandangan kerana masjid ini di atas bukit. Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak masih lagi dalam pembinaan. sungguh gah bangunan itu di tebing sungai Sarawak. sungguh sudah lama tidak menikmati pemandangan seindah itu di kala hujan turun. [Egypt susah nak jumpa hujan]

gambar perasmian bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak 27 july 2009.
[malam tu plak diadakan pertunjukan bunga api sempena hari jadi aku 28 july]
[Gambar dapat dari pakcik Google]

Tengah khusyuk menikmati pemandangan, tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berbadan besar memberi salam, muka ala-ala hero pakistan.. dia siap speaking lagi ngan aku..

Lelaki : what do you think about Sarawak? [dia tanya mungkin sebab aku tengah tengok pemandangan. tanpa tunggu aku jawab, dia terus tanya..] where do you come from?

Pehh.. ada orang pakistan nak berkenalan ngan aku plak.. kena speaking jugak ni, dengan senyuman aku menjawab..

Aku : i came from Samarahan, not too far from here.

Lelaki tu mengangguk seolah-olah mengiyakan percakapan aku. lepas tu dia tanya lagi dengan muka bersungguh-sungguh..

Lelaki : are you student?

Aku : yep. still in life as a student.

Lelaki : where? UNIMAS or UiTM? (dia tanya ni mungkin sebab dua ipta ni yang popular kat Kota Samarahan)

Makin rancak lak berbual ni.. aku susah betul nak jawab bila orang tanya kat mana aku study ni.. mesti akan menimbulkan lebih banyak persoalan selepas tu. aku ambik keputusan untuk menjawab secara rawak.

Aku : emm.. i'm not study in this country but aaa... [ lom abis ayat aku ]

Lelaki : [muka hairan] so what are you doing here, in this country?

Aku : err.. this is my country. my beloved state, Sarawak. now i'm in semester break. [aku jawab dengan nada hairan, ye la.. tanya camtu lak kat aku. spatutnya aku yg tanya camtu kat orang Pakistan di Malaysia]

Lelaki : [muka hairan] eh.. pelik. [ kuar bahasa melayu dia, aku pun heran dia pandai cakap melayu ] where do you come from? [dia tanya lagi dengan nada yang lebih ingin tahu]

Tadi aku dah dengar dia cakap melayu, so aku pun keluarkan lah bahasa ibunda.. dah dia tak percaya..

Aku : kamek nang orang sarawak. diam di samarahan. {saya memang orang sarawak, tinggal kat samarahan}

Lelaki : benar??.. La ilaha illallah.. aku jak miker kau tok orang belah-belah arab nun. { sungguh?? *mengucap* .. aku ingatkan kau ni orang dari benua arab sana}

Aku : err.. kitak orang ney? {err.. awak orang mana?}

Dah dengar jawaban dia, aku puas gelak!! hadeh.. aku ingatkan lelaki tu orang pakistan!! rupa-rupanya memang orang sarawak!! ayah dia orang pakistan, kawin dengan orang Sarawak. dah berkurun lama duduk kat sarawak. punya la sungguh-sungguh speaking london ngan dia tadi.

Ini bukan kali pertama aku kena.. sudah beberapa kali. tapi kali ni, aku pun ingat orang yang bertanya tu orang asing! hahaha..

Persoalan.. muka aku ada iras-iras orang negara-negara arab ke? tapi aku tau la muka aku ada iras-iras hrithik roshan. kahkahkah..

14 comments:

ASaDa RyutaRo said...

nak jugak jd org 1st! hahaha..

kusut said...

astaga orang msia jumpa orang msia kat msia tapi jadik camni. ape cite ni. hehehe

in all honesty, mula2 tengok gambar kat blog la kan. aku ingat ko study kat jepun

nur.sa said...

tengok! asada gila kuasa lg nk jgk yg 1st.hehe..

a'ah. sama ngan kusut. ingat kan stuyd kat jepun. nama lak asada ryutaro lak tu.hoho.

ztie said...

laa.. dah lah blog sendiri. nak juga jadi 1st komen. ehehehe..

org sarawak bertemu org sarawak di bumi sarawak tapi speaking london. hehehe...

nang raget ktk :P

d_tieah said...

Cali eyh..
Haha..
P kmk tgk muka ktk cam kaer..
So, mksdnya masih cm muka org Malaysia..
Kan..

kata kila said...

arghhh asada ni!lepas ni nak lawan dgn asada.ekeeke

anyss said...

Salam,
Huhuhu lawak gilak kitak -----> jadi tak klaka sarawak? hu huhu

Huh, nama macam jepun, muka macam pak arab sesat...itu pasal la kena spiking london bagai kat ting masjid hu huhu

cIk JanNah said...

eh entry sendri nak jd org 1st komen? laen kali jd pengkomen 1st kat entry i ea? T__T


lawak tol lah sama2 owg mesia same negeri tp dok skeaping london. len kali asada kena pakai name tag lah cakap saya org mesia
:)

sizuka[Izzati] said...

hahaha.lawak lawak.boleh tbayang mcm mana pakcik asada yg kuat gelak tuh gelak lps dpt tau org tu org sarawak jgk.haha.

Fina Sophie said...

ur jambang berpotensi besar menjadi punca smua itu berlaku *muka serius dahi berkerut*

sYazY_dZaiMa said...

aie eh!!lawak2,haha. actually, kmk pn org salu pike bkn sarawakian tp org semenanjung. i dunno why they said mine is like them.anyway, proud to be malaysian la,hihi..but nang bna, your face adala juak macam org asing but bkn hritik roshan +_+

Sofia said...

mu ore sarawak ke asada?

kawe ingat mu ore kelate... kekeke...

Cik Jari said...

mcm dh pernah bace...dh pernh publish ke?

Miss Kira said...

ahahahaha.. kecian... :P