Tuesday, September 7

Binalah Identiti Anda

Pagi ini saya ingin berkongsi fikiran mengenai usaha kita sebagai bloggers dalam membina identiti.

Sepanjang saya menulis, berkenalan dengan bloggers lain, berbalas-balas email, saya dapat melihat satu perkara :

Ramai yang terkapai-kapai dalam membina identiti sendiri. Apa yang saya maksudkan ialah :


1) Nama email tidak sama dengan nama pena
Apabila berurusan dengan email, nama anda bercanggah antara satu sama lain. Seeloknya anda create email yang berasingan, satu untuk urusan rasmi yang menggunakan nama penuh anda, dan satu lagi email yang khas untuk anda blogging, surfing, facebooking dan sebagainya.

2) Nama pena yang tidak catchy
Apa yang ada pada nama, kan? Tapi kalau nama anda tidak memberi apa-apa impact maka sukarlah orang lain nak mengingati anda.

3) URL Blog yang panjang lebar
Dan URL ini sangat berbeza dengan nama pena anda. Maka, umpama satu lagi paksaan kepada memori orang lain.

4) Nama blog, URL blog, dan segalanya yang sepatutnya melambangkan anda :
Berbeza antara satu sama lain.

Contohnya, nama pena anda "Mr. Hensem", blog anda "Saya yang Kacak Sangat", URL anda "teruna-idaman-malaya.blogspot.com", registration email anda "Encik Ganteng", email anda gantengmelampau@yahoo.com, facebook anda "Handsome Boy" dan sebagainya.

Agak-agak siapa yang mampu mengingati butir-butir orang yang tidak bermakna begini?

Kesimpulannya,
Belajar untuk membuat keputusan NAMA apakah yang paling muktamad untuk anda dikenali kawan-kawan dalam dunia online. Binalah identiti anda segera.

Selamat bersahur.

(btw, the name teruna-idaman-malaya.blogspot.com is available to register! )

34 comments:

miss faten said...

Aiyoyo, saya amat terasa kat sini 100 Penulis sebab nama emel dan nama di blog serta URL adalah urghh agak berbeza -___-" Tapi sayanglah nak tukar URL, macam dah attached hehe :)


Apapun memang amat berguna cadangan dan info ini. :) THANKS :D

K. Beyazid said...

info yg berguna...

Aida Ismail said...

haha, this is funny! gadis-idaman-malaya?? okesss, that would be very useful, mine..I got problems handling 2 emails, that's why I'm using one, hehe..all the bank details, university, facebook, skype and many more are all sharing the same mail..kihkih..and yes, i want to be known as cikda in this blogger world, but yet I'm Aida Ismail who's known in most of other social networks, such as facebook, skype, ym, and all..ampunnnn!! =)

chenta said...

wah!mcm terasa sikit je..hehe

bdw, nama pena i ngan email hampir sama. cuma diemel ada tmbhan dgn nama nickname kat blog ni. URL tu plak, dulu hampir sama je dgn nickname. termasuk title blog. tapi baru2 ni terpaksa tukar sbb ada prob. bila tukar, kena la lain sikit dari nama pena. nanti stalker tu dpt kesan kalau sama..hehehe ^_^

Nsyzwni said...

hah , betol2 !
tp kan , sesetengah blogger tu cri name sesuke aty !
cam saye :P

nur.sa said...

saya memang jenis yang guna satu email sahaja. tak ada dua atau tiga walaupun untuk blogging, fb atau urusan rasmi. mudah untuk saya.jadi, dekat email akan keluar nama betul saya, walaupun as blogger sy guna nama pendek sket.

anyway, good advice from 100penulis.. :D

kata kila said...

ohhh, dah kenalkan diri dah and nama kila senang nak ingat

nama : kila
email : kila5546
url blog : www.katakila.com

wahh sangat gilakan nama
bahahahaah

ijanlah said...

Betul 2, Nak jadi blogger ingat senang ker.... tapi bila dah ada peminat yang tersendiri tu baru rasa best aje... yer tak

ASaDa RyutaRo said...

cam terkena dekat batang hidung je..

setakat ni ada 3 benda yg berbeza. email, nama & url. nama blog pun lain dgn url.. nak mengubah, macam tak best pulak..

hurm.. cmna ea?

cIk JanNah said...

opss..
terkena kat saya jugak.
tp nama for blogging & fb pakai nama yg sama cik jannah. email? saya pakai satu jer email utk semua urusan sbb senang. sbb saya kan dasar pemalas. url? lain sket lah. tapi pada saya x apa asalkan orang kenal kita yang lain x amek pot kot?

=)

100penulis said...

@miss faten
aha.. info ni sesuai kalau nak membina identiti baru, so for bloggers baru, releven skit la cdgn ni, yg dah lama, stick to your identity, tp usaha kena lebih

100penulis said...

@k.beyazid
nama anda unik.. senang nak ingat

100penulis said...

@aida
ok, bg yg memula kenal mmg confuse skit kot, cam cikda ni ok sy da kenal sbb kita da chat kat editors area n nama cikda dah biru. hee

100penulis said...

@chenta
lepas ni kena maintain dgn nama2 anda yg ada sekarang, jadi mula dikenali dgn nama2 ni

100penulis said...

@nsyzwni
ok nama anda pula walaupun sesuka hati tp sy rasa tak susah nk kenal sbb ejaan tanpa huruf 'A', unik :)

100penulis said...

@nur.sa

kena ada email lain, nur.sa, jgn dicampur dengan emails yg ada internet banking ka, password dll. sekarang phishing byk

100penulis said...

@katakila

ok tu, senang kenal/cam dgn 1 nama saja.. macam 'reserved' dah

100penulis said...

@ijanlah
nak kata peminat, mungkin la utk sesetengah blogger, tp yg penting nak bina relation dgn rakan2 blogger lain, kita nak 'lain dr yg lain' supaya senang ingat dan berminat nak follow

100penulis said...

@asada ryutaro
kalau tengok nama email asada, sy teringatkan sorang rakan blogger dulu yg guna nama tu, tp sekarang blog dia dah tutup dan dia pulak jenis lowprofile, so memula ingatkan dia la yg request invitation..hee

erm kalau sayang nk tukar nama/url/email, kita enhance dari segi content blog pulak. sy tgk blog anda tiada masalah, ada identiti tersendiri

100penulis said...

@cik jannah
reminds me, ada lagi satu request invitation dengan nama sama cik jannah.huu

email, macam sy katakan pada nur.sa tadi, seeloknya diasingkan email rasmi dengan email tak rasmi.

Sumandak Kinabalu said...

yay, mcm terkena batang hidung nie..hehehe
apapun thanks for the info but tak boleh tukar dah kot...
dah sejak zaman dahulu kala guna nama tu ;)

sYazY_dZaiMa said...

erk, sungguh terasa pulak. but, me memang asingkan email blog dr email2 yang lain. just for some cases jugakala pakai yang main email.URL and nama utk blog memang at first time bloggiing dulu agak "kuno" and hentam sukahati je pun..anyway, this tips are good!appreciate it!tahnx 100 penulis :)

100penulis said...

adusss. ramainya yg terasa.. lol

bkn niat saya untuk kata sesiapa, tp hopefully tips ni berguna untuk rakan-rakan yang membaca dan baru nak berjinak2 dalam arena blogging+online networking ni =)

Raja Fiqri Fauwaz said...

keh keh keh.

saya memang rasa nak pakai nama sebenar sebab rasa macam best.

bab email tu, email saya yang guna nama sebenar untuk urusan rasmi saje.. hehe.. email yang register blog ni pun bersepah email spam.

humbleyat said...

wah..ramainya wat confession kat sini.saya ingat nak guna nama sendiri, tp asyik 'not available' jer..maka terhasil la nama skrg isk isk...yg len sume dah
'closed'.bab satu emel, saya organize by folder, so sng nak update and cek;-)

kusut said...

ni dilema sorang blogger mcm aku. aku ni agak anti-social n kurang aktif berkontek2 dgn manusia. hehe. maka emel, blog, facebook seme guna nama lain2 adelah by choice. takde la orang google satu nama keluar seme (kecuali salah satu nama)

tapi yg aku buat adelah aku ade 2 jenis contact email.. satu formal, satu non-formal.

100penulis said...

@Raja Fiqri Fauwaz

Haa.. kalu nama sebenar tu rare cam nama awak, takdak masalah rasanya.. senang orang nak cam dan ingat :)

100penulis said...

@humbleyat

emel pun senang saja sebenarnya kalau berasingan pun, lebih sekuriti.. camna pun pilihan masing2, yang mana lebih mudah untuk kita, pilih saja ;)

100penulis said...

@kusut
Samalah kita anti-social jugak ehehe..

tapi untuk blog 100penulis ni sy nak komuniti ni establish/dikenali, so faedahnya kongsi sama rata

Fina Sophie said...

rasa macam... sy tak buat admin keliru sgt kot. except for my email kan. sufilara@gmail.com tu. yang fina_sophie@ycm dulu selalu guna tp sebab loading yahoo mail lambat namampos, tukar ke akaun google. sufilara tu sebab dulu guna nick sufilara. url dulu pun sufilara.com. still stick ngan emel sufilara :P

100penulis said...

@fina,
fina ok, pun senang diingati.. sbb, fina pun rajin di belakang tapir.. hehe, i mean discussion dalam editor's area.

sufi=sophie, dah jadi identiti

Aniza said...

salam

mewujudkan blog 100editor ni memang idea yang bernas. jadi apa kata, jadikan blog ini sebagai wadah untuk melahirkan editor/blogger yang mempunyai kemahiran menulis. paling tidak, semua penulis mempunyai peningkatan dari segi kualiti penulisan catatan. selain itu, berkongsilah tips dan tutorial bagaimana menghasilkan penulisan yang baik.macam mana?

"100penulis wadah penulisan terunggul"

100penulis said...

Aniza, terima kasih.

Sememangnya ini ialah tujuan utama jugak kewujudan blog 100penulis.com.

Buat masa ini sy sediakan 'assignments' kepada editors yang membantu/guide secara berperingkat. Slow and steady, tak boleh rush/paksa sekaligus.

InsyaAllah blog ini akan menonjolkan bakat penulisan masing2 :)

MuJE said...

cis, tak aci. post ni pon panas jugak. written by 100penulis jugak. uish, kena bagi tips ni..hehe