Friday, July 8

Bila Menulis Secara Maya

Selamat Hari Malaysia. Bermula 16 September 2010, sambutan Hari Malaysia menjadi cuti umum. Sambutan pertama setelah mendapat cuti umum itu dilangsungkan di Dataran Merdeka, Kota Kinabalu Sabah. Itu hanya intro. Kali ini saya nak tulis tentang penulisan secara maya.

Apabila menulis, walaupun menulis secara tidak rasmi di blog, facebook, twiter atau laman web pribadi, setiap orang di Malaysia sebenarnya perlu mematuhi beberapa perkara. Pematuhan ini sama seperti pematuhan yang perlu dilakukan oleh setiap penulis tanpa mengira genre yang diceburi (penulisan ilmiah, rencana popular, karya sastera dan sebagainya). Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah;


i. Etika penulisan
ii. Akta dan undang-undang negara
iii. Sensitiviti bangsa, agama dan kepercayaan di Malaysia
iv. Beberapa sensitif yang tidak boleh disentuh dan dibincangkan secara terbuka


Entri tentang penulisan di internet telah kerap saya sentuh seperti Apabila Rafiqin Darwisy Tiba-tiba Menjadi Satu Fonomena Maya,  Salleh Groger Samsa Di Facebook , Etika dalam Penulisan dan sebagainya.


Menulis juga memerlukan ilmu. Ilmu tentang etika, undang-undang, adat resam dan budaya serta peka dengan sensitiviti persekitaran. Penulis yang berilmu akan tahu apa yang perlu ditulis, patut ditulis, tidak patut ditulis dan bagaimana untuk menulis sesuatu isu yang sensitif sebaiknya tanpa menjerumuskan diri mereka ke kancah pelanggaran undang-undang negara.

Dunia memang semakin kecil kini, sesiapa sahaja boleh menjelajah dunia biarpun hanya berada di rumah sendiri. Sesiapa sahaja boleh menyebarkan maklumat tentang apa sahaja, di mana sahaja, namun, seorang penulis yang baik dan bijak adalah penulis yang berilmu dan mengetahui tentang etika serta batasan penulisannya.

30 comments:

kata kila said...
This comment has been removed by the author.
kata kila said...

like yang ini!

fariehan ibrahim said...

btol3,
anythg kte wat, perlu de ilmu.

(^^,)

kusut said...

good post lah.

kita selalu terlupa yg walaupun kita buat benda tak formal, kita still ada tanggung jawab

nur.sa said...

betul tu kusut, tanggungjawab pada pembaca.

lebih baik menulis kisah hidup sendiri dari menulis kisah artis dan gosip walaupun blog macam tu yang menjana banyak pendapatan.

Raja Fiqri Fauwaz said...

hehe.. Betul la tu.. Tapi kalau nak kritik tu ok juga.. Pandai2 sendiri tulis la, sensiviti kena jaga..

R.K said...

but sometimes , kena ada guts untuk perbetulkan salah orang majoriti . :)

ASaDa RyutaRo said...

wollah.. sangat betul. kena jaga sensitiviti.. =)

bukan dalam negara je, malah utk orang lain jugak supaya tidak menimbulkan pergaduhan.. =)

peace no war..

Azza ShanShan said...

Yup! Kene jage sensitivity org.
Kdg2 terlampau jage sensitivity yang remeh temeh, sampai nak berkarya pon
rase terlampau berhatihati agar takde pihak yang salah paham.

Prefer kata nur.sa: lagi memadailah menceritakan hal peribadi sendiri
daripada gosipgosip artis @sesiapa, yang tak pasti hujung pangkal. Seterus, boleh mengundang fitnah. Namun, depends lar pada
yang nak bincangkan isu penting,
jg lar sensitivity. Lagipun itu
blog kite kan..!!

(:

sYazY_dZaiMa said...

betol. oleh kerana masalah ini kadang2 tersekat rasa nak menulis sebab terlampau berhati2 dalam penulisan tetapi agak baik untuk menjaga sensitiviti beberapa pihak di samping meningkatkan potensi penulisan seseorang. :)

humbleyat said...

suka post ni.benarlah, sebelum menulis kena ada ilmu, pastikan dr sumber2 yg sahih kerana santan pulut binasa, kerana tulisan kita binasa..(hehe)

100penulis said...

banyak terjadi penulisan yang dianggap tak beretika ialah ketika si penulis meluahkan sesuatu ketika dalam emosi tak terkawal.

seelok-eloknya kena tenangkan diri sebelum menaip dan publish apa-apa yang bakal menjadi bacaan awam. sering kita lihat bukan sekadar di blog/web tetapi update2 fb dan twitter yg jadi topik hangat kebelakangan ni.

Good post.

Fina Sophie said...

suka post ini.

"Penulis yang berilmu akan tahu apa yang perlu ditulis, patut ditulis, tidak patut ditulis dan bagaimana untuk menulis sesuatu isu yang sensitif sebaiknya tanpa menjerumuskan diri mereka ke kancah pelanggaran undang-undang negara."

sy pun pernah beberapa kali juga sntuh bab sensitif mcm ni dkt blog sy dan setuju dgn line dekat atas. msti pndai2 supaya tak terjerumus dgn bnda2 kontroversi.

tp mcmna nak jaga hati org yg kita kenal dgn apa yg kita tulis dekat blog yaa.. hehehe

maharam said...

Kila: terima kasih

Fariehan: ilmu lebih mudah dapat sekarang ni...usaha je kena lebih

Kusut: Jangan sering lupa...sebab tu ramai yang dah "masuk dalam" hanya kerana beberapa patah perkataan sahaja. Rugi tenaga muda belia kita

maharam said...

nur.sa: Memang jana pendapatan, namun kalau dihasilkan dari mengaibkan dan fitnah orang lain...halal tak pendapatan tu?

maharam said...

Raja Fiqri: Bukan tak boleh kritik, tetapi bukti kena nyata. Sertakan rujukan yang sah, ilmiah dan boleh dipercayai. Cara menulis juga kena belajar, barulah kritikan itu tidak salahi undang-undang dan tidak terjebak dengan fitnah dan hasutan

maharam said...

R.K: Prinsip utama etika kewartawanan Malaysia adalah "mencari kebenaran". Kalau apa yang ditulis itu benar, nyatakan bukti dari sumber yang sah, tidak diragui dan tepat.

Cara bagaimana mengkritik juga penting terutama dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum, agama, budaya dan adat resam. Ada masa berterus terang boleh digunakan, ada masa yang lain kias ibarat lebih mendalam kesannya.

maharam said...

Asada: Sdr dah jauh merantau...lagi luas pengalaman terutama bab menjaga sensitiviti.

Tak rugi kita tak sentuh hal-hal sensitif orang lain untuk jaga perasaan dan air mukanya, kelak orang juga akan jaga sensitiviti dan air muka kita. namun, kiranya mereka tak tahu nak jaga, cara penulisan tertentu boleh menyedarkan. Namun, tulisan itu perlu dilakukan dengan cara bijaksana.

maharam said...

azza: Yup...memang blog kita...tetapi kita masih lagi perlu patuhi undang-undang. Bukan semua perkara boleh ditulis di blog sendiri.

maharam said...

azza: Yup...memang blog kita...tetapi kita masih lagi perlu patuhi undang-undang. Bukan semua perkara boleh ditulis di blog sendiri.

maharam said...

Syazy: Kalau ada ilmu dan tahu cara menulis, tak jadi masalah untuk menulis tentang apapun. Ilmu menulis tu luas...Laut China Selatan pun tak seluas itu.

maharam said...

humbleyat: Ramai blogger berpendapat mereka boleh tulis apa sahaja di blog kepunyaan sendiri.

Kita boleh tulis apa sahaja asalkan tahu bagaimana cara untuk menulisnya. tahu setakat mana kekangan undang-undang dan tahu cara mana boleh dieksploitasi.

Tahu mengapa penguam bergelar datuk itu berleluasa? Dia tahu undang-undang, tahu kat mana kelemahan undang-undang dan tahu bagaimana gunakan undang-undang untuk kaburkan mata masyarakat. menulis juga begitu...asalkan kita tahu caranya...

maharam said...

100penulis: pantang utama bila menulis secara maya, termasuk hantar emel adalah: menulis ketika emosi (marah, geram, sakit hati dll) dan tidak waras (mabuk, mamai dll).

Sebelum post hasil tulisan, editlah dahulu. Semasa mengedit, semua tulisan yang tidak terkawal itu dapat ditapis dan dineutralkan

maharam said...

Fina Sophie: sensitiviti yang melanggar undang-undang negara lebih besar impaknya berbanding sensitiviti orang perseorangan.

Ada banyak cara nak jaga perasaan orang yang rapat dengan kita. Salah satunya dengan cara memuji.
Orang2 tua selalu "menyuruh" dan "menggalakkan" kita buat sesuatu yang sebenarnya "melarang" contoh: "Hah, panjat lagi...kenapa tak panjat lagi tinggi?" padahal mereka marah sebab kita memanjat.

Kita boleh menyindir perbuatan rakan-rakan yang tak patut dia buat sebenarnya. Kalau dia seorang boros, pujilah keborosannya itu melambung-lambung tetapi pada masa yang sama, nyatakan juga kesannya.

cara memuji dan bergurau sebegini biasanya lebih dapat diterima berbanding kita nyatakan secara terus terang.

cara lain...kena berguru dulu ;)

kusut said...

betul cakap humbleyat pasal pentingnye sumber.

pasal sumber lak.. Internet (dgn capital I) bukanlah satu sumber yg reliable.

humbleyat said...

@maharam:yesz..setuju ngan awak juga..statement yg bez..yesz.bila2 tau undang2 kita akan guna die sebaiknya..kes sosilawati tu memg ternyata dia nak hilangaka elemen2 pembunuhan,tp Tuhan itu Maha Kuasa.sseajauh mana tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..
@kusut:tulah.kdg2 nak ambil dr sumber dr internet pun , tak berapa nak percaya, sebab kita nak tahu background author die..rasanya,benda ni kita dah belajar kan sebelum kita nak buat mana-mana assignment kan?

Hdin Hafizuddin said...

betul. Saye sokong. Jangan kerana kita menulis ikut rasa hati, diri sendiri yang merana, macam kes yang berlaku di Indonesia, kadang-kadang rasa kesian pada mereka yang tidak bersalah, hanya meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati (ketidak puasan hati, marah), dan menghantarkan ke beberapa orang yang rapat, namun, sepantas kilat, ianya tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Sepatutnya kes sebegini perlu menjadi pengajaran kepada kita semua.

maharam said...

Kusut: bukan semua sumber internet boleh digunapakai. Gunakan hanya sumber yang sahih seperti jabatan kerajaan, tokoh tertentu yang telah diketahui kepakarannya dan organisasi yang diakui. Blog2, laman web dan sumber internet yang tidak dapat diketahui sumbernya tidak boleh dijadikan rujukan.

maharam said...

Hdin Hafizuddin: Kita jarang belajar dari sejarah. Dah kena kepala sendiri baru nak menyesal

CikGadis said...

ssah gak nak jadi penulis maya nie. huhu. kena jaga sensitiviti dan laen2.. huhu