Saturday, September 18

Beraya di Perantauan

Assalamualaikum & Salam 100 penulis.hari ini giliran saya.terima kasih daun kari kepada encik admin kerana memberi peluang yang semua orang akan dapat ini kepada saya untuk hari sabtu minggu ini.sudah izzati.cukup dengan kata-kata aluan.

ini entri tentang peristiwa seminggu yang lalu.SYAWAL Versi Bukan di Malaysia.ini ialah first time untuk saya & rakan-rakan beraya di perantauan.kitorang stay sini 2 tahun je.hujung tahun depan balik dah.jadi kalau sempat pun beraya 2 kali je dekat sini.bermakna, 2 tahun miss pesta mengutip duit raya.tapi dah ada dalam fikiran tahun depan nak balik beraya.wah kau izzati.bulan Syawal tahun ni belum habis, dah terfikir tahun depan.kakaka~

tidaklah mahu saya membebel panjang macam ini blog peribadi.cuma mahu kongsi satu fakta.beraya di perantauan tidaklah sesadis mana.ianya tidak sadis.cuma ianya lain dari yang lain.apa yang lain?

fully-memasak sendirian berhad.bermaksud.tiada emak yang menjadi mando di dapur.diri sendiri ialah mando.dan disebabkan coursemate saya bersungguh-sungguh hendak buat open-house-first-time-dalam-sejarah-kehidupan maka ada beberapa mando mengikut jenis masakan.nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, nasi tomato, ayam masak merah & sate.semua ialah masakan sendirian berhad.semua itu manual a.k.a buat sendiri.tiada istilah segera & pos dari Msia.ibaratnya ialah kalau ibu-ibu di Msia tahu hal ini,mesti sangat super-bangga dengan anak-anak.jika sebelum ini hendak tengok anak di dapur pun macam haram, kini selepas hidup sendiri di tanah orang, chef hotel empat setengah bintang pun boleh kalah.haha.ini bukan tipuan.ini ialah kebenaran.and everything came out very super-fabulous sebab semua makanan memang super-sedap sampai rasa makan dua tiga kali pasti nak lagi.

hari raya layan Xbox & Wii.tak tahulah biasa orang buat ke tak.tapi kalau nak jawab teka-teki macam dalam cerita Nujum Pak Belalang tu, ini ialah jawapan untuk jarang-jarang.nak buat macam mana.ada jugak yang masa tengah khusyuk main game ni terkeluar ni kalau duduk dekat rumah main game masa raya confirm lepas tu dapat free lecture.

hari raya layan pool.sebab dekat hostel, pool ialah salah satu facilities selain Xbox & Wii & Ping Pong & benda-benda lain.jadi segala facilities ini memang digunakan to-the-fullest terutama bila tak-tahu-nak-buat-apa.hari raya pun hentam main pool.so what say you?:P

Selamat Hari Raya Aidilfitri Malaysia.Maaf Zahir Batin.Ikhlas dari kami, pelajar tajaan KPM (IPGM KTI-Uni.Of.Auckland)2010.

p/s: mula-mula ada terfikir, raya nanti aku mesti mengalir airmata Syawal teringat keluarga, teringat kuih raya & duit raya HAHA.tapi takde pun mengalir airmata atau drama segala.bukan sebab tak ingat keluarga, tapi sebab ada lagi satu keluarga dekat sini iaitu kawan-kawan:)
btw memang dah super-berusaha nak buat entri raya seringkas mungkin.dekat blog saya cerita details ikut hari & super-banyak gambar random.kakaka.jadi,kalau ada sesiapa teringin nak baca entri-raya-lengkap-&-panjang-berjela, jemputlah datang blog saya okay.Selamat Hari Raya!

18 comments:

Miss Kira said...

selamat hari raya di perantauan!!!
=)

kata kila said...

memang lain dari org lain!likeeeee

Raja Fiqri Fauwaz said...

kila like sokmo.. Hehe..

Selamat hari raya aidilfitri, blk kampung leh wat open house sendri lg.. Kan kan kan..

Kat malaysia ni pun penuh pusat snuker, pool masa malam raya.. :)

sizuka[Izzati] said...

miss kira: hehe selamat hari raya:)

kata kila: heeeee.thanks sbb like.kakaka~

raja fiqri: selamat hari raya juga.betul tuh.insyaAllah.hehe~
dkt cni lain ckit.sume org pun bleh maen pool.heee~

r.k said...

ni agak-agak balik Malaysia boleh layan pool sedas dua .. janji bukan first raya la ~ :)

nur.sa said...

selamat hari raya izzati :)

sizuka[Izzati] said...

r.k : buleh.memang takkan main masa raya lah.ada kena lempang dgn tok nnti.kakaka~

nur.sa: selamat hari raya:)

anyss said...

Salam,
Selamat hari raya di perantauan. Paling tidak, pernahlah jugak main pool masa raya kan sambil asah bakat memasak...semua tu pengalaman manis untuk diingat 10 tahun dari sekarang ;)

Kumbang Jingga said...

bestnyaaaa duk oberseaaa

sYazY_dZaiMa said...

selamat hari raya..takpa, syazy pn layan kbox kat umah sendiri jugaj time raya,heee~ :D

kusut said...

gambar2 tu, kalau bukan sebab cerita yg disertakan, macam beraya kat malaysia pun ada. meriah amat!

Clarky Afif said...

wahh ai penah sekali je beraya di perantauan

memang tak menitis air mata langsung.

koshary said...

gila best raya main wii!wuhuuu.
dulu kami 1st year raya di perantauan, balik raya main counter strike ramai2. hoho.
lepas tu makan rendang yang tiba2 jadi kari ayam. peh.

sizuka[Izzati] said...

anyss: hehe betul tu.nnti dah tua2 mesti sengih bile tringat:P

kumbang jingga: hehe.duk Msia pun best jgkkkkkk

syazy_dzaima: hehe wah dkt rumah ada xbox?cool:D

kusut: hehe.bolehlah nk kata meriah.tu baru 3.kalau msuk gmbr lain memang xleh nk tulih cerita dh.kuikui~

clarky afif: hehe.merasa pngalaman bru kan.hehe.

koshary: hahaha best gila lyn counter strike plak.mujur takde je.stkt xbox tuh main lumba kete smbil tembak.hehe.

Sofia said...

xkisah la macamne pun raya, janji puasa n raye ye.. hehee..

neway, bakal cikgu ek? amik tesl ke/

KeCiK said...

time raya layan xbox & wii tu yg xleh tahan. kg aku TV2 pon dgr suara je.

gudluck chegu.

sizuka[Izzati] said...

sofia: hehe.betul tu.aah bakal cikgu.amek tesol:)

kecik: haha.nk bt cmne.xde aktiviti lain dh.kuikui.thanks kecik:)

chenta said...

tak merasa lagi beraya di perantauan atau tanpa keluarga..huu..takut2..tak nak alami boleh?hehehe

ye!bila kita kena buat sendiri, automatiknya kita menjadi reti malah hebat! kalau kat rumah family, nk masak?takdo la!

tp kat rumah sendiri, berkobar2 tau nak memasak...eheheheh