Friday, August 5

Apabila bookmark terlampau banyak

MunzirShafie dot Com


Salam 100penulis kepada semua pembaca blog ni.

Ha, kan aku dah cakap mesti time nak tulis jugak la tetibe takde idea. Time korek hidung, makan nasi, tengok movie, g kelas, idea mencurah-curah ke ladang gandum pulak. Adoiii… tak paham betul. Okla, start dengan yang basic la dulu ye. Maybe korang yang setia dengan blog ni tak pernah dengar nama MuJE ni kan? Sebab nilah dia first entri aku kat blog 100penulis ni. Hoyeh! Last week aku diberi keizinan oleh Boss untuk skip post entri sebab aku baru diterima bekerja disini. Nak join jugak? Apply la cepat²!

Ok, aku tak nak jadikan first post aku kat sini sebagai sesi suai kenal dengan kamu-kamu semua ye. Suai kenal tu ade, tapi takde la heavy sangat sampai pulun gile promote blog sendiri kan? Oh ya, cakap pasal blog sendiri, MunzirShafie [dot] Com lah nyawa aku di alam maya ni. Nak kenal lebih lanjut pasal MuJE silalah ke blog aku ye. Kat sini ringan-ringan jer…=) <---ni namanya promote blog secara ringan. hahaha……

Jadi, untuk tidak merugikan first post aku kat sini, apa kata
aku share dengan korang something yang maybe berguna la kat sape-sape yang masih tak tahu. Yang dah tahu dok diam²! Hehehe… Baiklah, oleh sebab aku suka sangat pakai firefox, so memang banyak gile aku letak dalam firefox aku. Macam-macam addon aku install tapi mestila yang penting-penting dan yang aku guna jer. Kalau saja-saja install tapi tak guna buat ape kan? Buat berat FF jer. Bookmark aku pon beratus-ratus dah ni. Setakat ni, total website yang aku dah bookmark ialah nak dekat 2000 atau angka yang tak tepatnya lebih kurang 1800++. Wow! kan?


Cuba korang bayangkan kalo tetibe laptop korang rosak sebab ade cacing jahat dalam laptop tu and kena format. Tak ke hilang sume bookmark kat FF korang tu? Kalo pompuan dah tentu ade jer blog-blog jual shawl, jual dress, jual gelang, rantai sume tu kan? Tak rase sedih ke takleh online shopping dah? Hehehe… Maka memperkenalkan FEBE!

Amende FEBE ni MuJE?


FEBE ni ialah addon Firefox dimana anda boleh backup kesemua barang yang ada dalam FF anda. Bookmark, addon, site login, cookies, cache, web history semuanya kita boleh backup dan simpan dalam hard disk. Nanti kalau format laptop pon bila install FF balik, bolehla restore semua-semua yang kita dah backup tu. Takla stress sangat kan?

Memang addon FF ni sangat sangat recommended by aku la sape lagi. Tapi korang jangan buat lupa plak. Ni pas install wat rilek jer tak backup langsung. Aku selalunya akan buat backup sebulan 2 kali. Yela, pengalaman lalu dah cukup buat aku terseksa. Siap nanges² sbb laptop kena format tapi tak sempat backup pape...huhu Selamat mencuba ye kawan-kawan!

[Tekan sini untuk install FEBE ya].


psssttt: Pengguna Chrome boleh blah ye. IE? Malas nak layan....=)





Written by MuJE
G9 @ 29 September 2010, 11.00 PM
Powered by 100Penulis

15 comments:

KeCiK said...

kalo netscape navigator boleh tak bang?

;)

p/s: err..ie ada org pki lagi ke?

nur.sa said...

ok. saya blah skang bawak diri sebab saya pakai chrome :P

Raja Fiqri Fauwaz said...

baru 2,3 ari komputer jahanam. Ni browser pakai opera mini kat henpon je. Hehe

CikGadis said...

mnarek. nnt nk try,,,

anyss said...

Salam,
Boleh back up fail sekali tak? ke program je?

MuJE said...

@KeCiK

cesss, ade jugak yang nak ngengade ni...haha

@nur.sa

ha, pakai chrome nak backup cane?

@Raja

ni pon sorang ngengade ni...hehe

@CikGadis

bukan stakat try, mmg wajib ade addon ni. seriously!

@anyss

Wasalam...backup fail? fail ape dlm FF tu?

kusut said...

firewha???? hehe

@kecik netscape!!!? ahahahahhahahhahahahahaha

tapi aku rase netscape lagi bagus dr IE lah :P


hoih gile geektalk sini >_<

Fina Sophie said...

apsal pngguna google chrome boleh blah pula? T___T saya pngguna GC juga. tp browser utama guna mozilla la hehe. ada 3 browser sy guna ni haha (byk akaun dekat internet :P)

chenta said...

Kecik : ish..ada lg la guna IE...kat jabatan kerajaan masih guna IE tau..tak boleh nak tukar2..

wah!sy pengguna FF juga..thanks 4 da nice info ^_^

Q said...

klasik woo guna IE lagi. hahahah

MuJE said...

@kusut

tu ahhh.... benda elok ade nak pakai jugak sampah. tp kita jangan lupa, IE berguna lepas format. buat download firefox. hahahaha......

@fina

wah, ni mesti kes x bagi detect ip same ni..ah, tak kire! chrome sila blah. crash je memanjang.

@chenta

tak, sebab government masih mereka-mereka yang generasi X pegang. so nak tunggu perubahan tu kena tunggu generasi Y la ambik alih.

@Q

first skali, nama lu style gile! haha... IE pendownload firefox yang terbaik!

kusut said...

@MuJE - kalau chrome crash, dia isolate crash tu pada tab yg bersalah sahaja. tab lain boleh teruskan hidup dengan bahagia ok

FF kalau satu tab crash, sampaikanlah salam pada semua tab ye. kene bukak balik FF, load balik semua tab tadi.

MuJE said...

@kusut ha, aku tawu pasal tu.. tapi yang misterinya chrome aku ni satu crash sume tata...haha FF baru sekali crash kot.

rate FF crash: 1/100
rate Chrome crash:99/100

sbb tu aku benci chrome. haha...

Fyzal said...

aku kena try add on ni memandangkan aku pun pengguna tegar firefox. aku tatau kenapa chrome tak mampu menarik minat aku. kadang2 je aku guna sebab nak rase je.

kayrul-shah said...

banyaknya bookmark..dulu kayrul pun banyak gak wat bookmarks pastu bila dah banyak2 pening nak cari..hehhehe