Wednesday, September 29

anak penyu di pantai teluk mak nik




tergerak hati rasa nak berkongsi tentang cerita tarikan yang ada di terengganu. dan kebetulan pula saya pernah join aktiviti tu dengan kawan-kawan satu office untuk tengok binatang bernama penyu ni. yep. penyu yang dulunya pernah famous di terengganu. sekarang penyu pun masih ada, tapi menurut kata yang pakarnya, penyu tu kebanyakannya dah banyak berpindah ke merata tempat termasuklah kelantan. kalau dulu bila disebut kuala abang, mesti perkataan pertama orang fikir adalah penyu. :) sekarang? dah kurang T__T



cute, kan? rasa nak pijak-pijak. hahahhaa T_____T

saya letak balik apa saya tulis kat satu entry di blog saya. pengalaman malam tu bila bertemu anak beranak penyu....




malam tadi saya mengadap tv dan mengupload gambar di facebook dan makan-makan. tiba-tiba saya perasan status nadia yang nak bawa company visitors ke pantai teluk mak nik melihat penyu bertelur. wah. bestnya. saya komen la kat situ. cakap bestnya kalau dapat tengok. selang seminit saya dpt call. nadia ajak join kalau nak. nakk! cepat2 kena bersiap sebelum dia dan mas sampai. mengah jugak bersiap cepat2. haha.

elok dorang sampai saya terus masuk ke kereta.

saya tak tahu pulak ada penyu naik bertelur kat pantai teluk mak nik tu. saya cuma ingat ada di rantau abang dungun aje. oh. bestnya jadi visitor dapat tengok live and free penyu tu secara berdepan. saya juga la turut menyelit sekali. haha. biasa ni. hepp.


bila dah sampai dan keluar kereta kena pulak berjalan nak sampai kat tempat penyu naik tu. oh jauh juga. sungguh tak tahu mencabar jugak nak sampai ke sana. berjalan jauh. lepas tu kena panjat batu dan berlari sebelum air pantai tu menyimbah kaki seluar kita. hey. nasib saya pakai crocs. ada orang tu pakai heels. haha. heepp. tak baik gelakkan dia. saya bantu dia berjalan. kang dia tertinggal jauh kat belakang. hehe. 


sampai sana ada satu route penyu dah naik tapi tak bertelur pun. merajuk barangkali. lepas di depan ada satu route lagi. pun merajuk juga. kenapa wahai penyu. ibumu baru meninggal? atau siang tadi tak sempat lunch? isk isk. yang sempat saya jumpa adalah seekor penyu yang secara tergesa2 nak turun ke laut semula. tak jadi bertelur. merajuk dan mungkin juga sebab kehadiran kami. saya tak sempat snap gamba ibu penyu tu. takot kan flash tu akan mengganggu dia. rupa2nya elok ada je visitor lain ambil gambar ibu penyu tu.T__T

jadinya, yang ada cumalah anak2 penyu yang baru je lahir 2 3 jam sebelum tu. geli saya tengok binatang kecik2 tu. nasib baik tak ada lendir. tapi comell. wah! semua nya elok duduk dalam baldi sebelum dilepaskan ke laut. tahukah anda peratusan untuk mereka hidup dan membesar sangat lah kecil. mungkin selepas dilepaskan ke laut mereka menjadi makanan ikan dan mungkin juga mereka tak dapat survive tanpa ibu di sisi. wah. untung saya jadi manusia. bukan seekor penyu yang suka merajuk, menangis dan sunyi takde ibu. T____T


sambil menunggu penyu naik ke darat kalau ada yang sudi bertelur, sorang pakcik/renjer tu dipanggil paksu menerangkan kat kami tentang penyu2 ni. habitat dan kesukaan penyu dan bila dia naik ke atas untuk bertelur dan menetas. menarik. info baru. penyu yang ada di pantai teluk mak nik tu adalah terdiri daripada penyu agar. penyu belimbing sudah lama merajuk tak naik ke darat di pantai situ. mungkin hanya wujud di rantau abang atau mun kelantan. tetapi mengikut kata paksu. naluri dia mengatakan akan ada penyu belimbing yang diaorang lepaskan 20 tahun dulu sudah besar dan mungkin akan naik ke darat untuk bertelur. wah!

sudahnya takde penyu yang sudi naik untuk bertelur dan 1230am kami decide kena baliklah. esok kerja kan? haipp dia ni. saya biasa dah tidur waktu tu. haha. slot terakhir (eh ada slot?:P) adalah sesi lepaskan anak penyu ke laut. best jugak. saya doakan mereka2 si kecil itu panjang umur dan mampu hidup ratusan tahun la. kalau tidak pun mampulah untuk bertelur nanti 20 tahun akan datang. mungkin anak cucu saya pun mahukan pengalaman sama seperti saya kan? :P

untuk tidak menghampakan anda saya selitkan gambar di atas. haha. 

saya dah ambil seekor anak penyu semalam. hampir dibawa pulang. tapi soalan housemate saya,

"betol ke awak nak bela ni Sa?"

baik, percayalah yang soalan itu membuatkan saya berfikir kembali mana nak dapat air laut hari2 untuk penyu tu hidup? baiklah. saya pulangkan anak penyu tu. baiklah. saya tak nak jadi pembunuh pada seekor penyu tak berdosa. tapi saya seronok semalam. sebab first time dapat tengok penyu depan mata. walaupun dia tak sudi bertelur depan saya tak apalah. saya faham. beliau segan barangkali. haha. tutttttt. 


p/s: pantai teluk mak nik, terletak di kemaman. lebih dikenali dengan nama monica bay.

9 comments:

kusut said...

bertahun-tahun duk kemaman sumpah tak dengar teluk monica kat mane. lucu la nama tu hehe

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

comelnye anak2 penyu niiiiiiiiiiiiiii:)

sizuka[Izzati] said...

comel oh anak penyu nih.nk bt pet buleh ke?dh tntulah xleh kan.huhu~cm seronok je pgg anak pnyu.tp sy ni tkut ckit nk pgg bnde2 bgerak mcm nih.kakaka~

KeCiK said...

pergh, mcm ninja tetel punya apprentice.

Sumandak Kinabalu said...

comelnya anak2 penyu nie...
mesti best kan experience something like this...

nur.sa said...

kusut
tak tahu mana datang monica bay tu. terlebih mat salleh dah panggil gitu.

ismi
comell sangatt..

sizuka
sangat geli nak pegang ank penyu ni. tapi cara pegang yang betul adalah satu jari atas dan satu jari bawah perut dia :D

jane
comel rasa nak awet je. hahaha.

chenta said...

geramnya tengok!!

saya dah la suka haiwan comel2 mcm tu...heheheh

Ilidina.. said...

Comeynyeeeee anak penyu!

Fina Sophie said...

comel, tapi geli la kalau fikir cara die gerak2 hehe. but, if dpt chance, why not try kan. buang perasaan geli tu nti nyesal :P