Tuesday, September 21

Amin sebagai Salam?

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca ^_^

Masih dalam mood raya. So nak cerita something berkenaan dengan raya ni yang dialami my sis masa raya hari tu. I alami benda ni sebelum raya. Tapi benda ni buat kami tercengang pada awalnya dan kemudian menjadi pelik. Mungkin kami dari negeri selatan ni tak biasa dengar ayat macam tu kot..

Ceritanya macam ni...



My sis tahun ni dia beraya kat rumah family mertua dia. Family yang agak besar sama macam family my dad. So masa dia kat sana, ramai la anak-anak sedara, sepupu sepapat yang masih belum pernah jumpa lagi memandangkan ini raya pertama dia setelah berkahwin.

Bila pagi raya, kita kan salam bersalaman, maaf bermaafan kan? Pastu keluarla ayat ni..

"Amin auntie tu. Amin dia"

Pastu bila pergi beraya pun, ada orang sebut ayat yang lebih kurang sama.

My sis memang tercengang la sebab kenapa nak amin plak. Amin tu selalu guna bila kita kita baca doa, lepas baca al-fatihah atau surah. Tetapi amin disini adalah salam. Memula memang tercengang dia, tapi seharian dah dengar, lama-lama dah lali...

I pun pernah gak jadi macam tu. Masa memula duduk kat negeri orang ni. Kat opis, staff dari pelbagai negeri. So ada la yang menyebut amin tu sebagai salam. Kenapa ye diorang sebut amin. Bukan salam?

Entry sebenar --> Sampin ke samping? Amin ke salam?

12 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

amin ni selalunya kite bagi arahan kat budak kecik je suruh salam.. :)

dengan macam comel. Keh keh keh.

nur.sa said...

ni mesti kes kakak awak p beraya kat pantai timur kan? tganu or kelantan?

saya org tganu, tapi sendiri taktau sampai sekarang kenapa disebut amin bila nak ajar/suruh budak-budak pergi salam.

tapi pendapat saya,perkataan amin tu datang daripada tindakan mencium tangan seseorang tu. amin kat situ macam jugak mengaminkan doa dengan kedua-dua belah tangan ke muka.

tapi masih juga tak pasti betul tak saya fikir macam tu :)

chenta said...

raja fiqri : itula..dengar memang comel.tp blur gak la memula dengar..hehehee

nur.sa : takla..dia beraya kat johor gak..tp family dtg dr byk tmpt..itu yg dia dengar tu...

ye ke dr sebelah pantai timur?1st sy dengar dr orang melaka.. ramai plak tu org melaka sebut mcm tu

kata kila said...

amin tu sebenarnye nak bagi fahaman kat budak budak..

amin kakak tu cepat.aminn.

chenta said...

kata kila : yela..tp kenapa tak guna salam je...

salam kakak tu..kan lebih jelas dan penggunaan perkataan yg betul ^_^

100penulis said...

pernah jugak dengar ibu/bapa/adult yg sebut "amin" bila nak suruh budak kecik salam dengan orang.

Biasalah tu. Besar2 nanti tau jugak berjabat tangan = bersalaman

chenta said...

melentur buluh biar dari rebungnya..mengajar anak biar seeloknya.. ^_^

taknak disagree pape..tp comel juga perkataan "amin" ^_^

sYazY_dZaiMa said...

oh, ada camtu jugak ek..hurm, tp anak buah saya kitorang ajar suroh salam,hehe..takpe, besar nanti, pahamla tue :)

chenta said...

ada syaza_damia..

awak org mana? ^_6

kusut said...

hehe tu baru clash of culture dalam negara sendiri. tak jumpa lagi culture orang luar yg tak masuk akal pada kite tapi sebenarnye pada diorang kite ni yg tak masuk akal.

paham and terima je la yg orang negeri lain ada cara yg berbeza.
^^

kusut said...

eheh nak menambah.. cakap 'amin' sebagai salam tu tak salah bile tengok pada konteks dialek.

chenta said...

kusut : mmg tak salah..cuma blur and tak paham je.hehehe

tp bila sebut pd budak kecik, mmg comel!