Friday, September 3

Ada Apa di Saat Kau Sentuh Hatiku?

Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut kehadiran Syawal nan bakal menjelma.

Ini kira sesi takruflah ya...sesi kenalkan diri, kenalkan blog ;)
Aku tulis blog
Saat Kau Sentuh Hatiku, awalnya sebab nak mengantarabangsakan bahasa Melayu. Hanya di blog Bahasa Melayu akan tersebar segenap pelusok dunia hinggakan orang Eskimo pun boleh baca masa berehat dalam iglu mereka. Itupun kalau mereka fahamlah. Jadinya, di blog aku tu, jarang akan terjumpa perkataan-perkataan singkat, slaga, ataupun bahasa ringkas ala sms atau bahasa alien yang tak difahami.


Keduanya, sebab aku suka nak kongsi pengalaman-pengalaman walaupun ada masa pengalaman itu kecil bagi orang lain. Pengalaman ke tempat orang sama ada di Malaysia atau luar Malaysia aku akan tulis dalam blog. Bukannya nak bangga diri atau sengaja tayang kat orang, tapi...berkongsi pengalaman. Pengalaman itu akan jadi panduan kepada orang lain pula yang akan pergi ke tempat yang sama, ataupun beri pengetahuan kepada orang lain yang belum berkesempatan pergi.

Jadinya, kat teratak
Saat Kau Sentuh Hatiku, kalian akan jumpa macam-macam pengalaman kembara aku seperti ke Aceh, Bandung, Kota Kinabalu, Kuching, Tawau, Pulau Mabul dan tempat-tempat menarik lain. Pengalaman seharian dan macam-macam perasaan ada. Penuh juga dengan gambar-gambar indah, gambar tak berapa nak indah dan gambar yang jarang jumpa kat tempat lain.

Apa kata anda jengah sendirilah
Saat Kau Sentuh Hatiku ni...malas dah nak taip panjang-panjang.

6 comments:

Ratu said...

walaikmslm wrwb... salam kenal ye... sy suka dgn apepn blog ttg pengembaraan & juga gmbr2 yg di selitkn... :-))

Fina Sophie said...

wslm anyss :)
slmt menjalani ibadah puasa juga. beraya molek2 tu.. :)
ur blog sounds interesting for me, sbb sy pun suka travel. nti sy terjah ur blog okey! ;)

anyss said...

Ratu: Sama-sama kenal ya...boleh kongsi-kongsi pengalaman jejalan.

Fina Sophie: Selamat berpuasa dan berhari raya. Jom sama2 konjgsi pengalaman dan saling terjah menerjah

Azza ShanShan said...

Salam kenal anyss!
Menarik :) Scebis pgalaman tu kan berharga. Cara nak ingat balik, tulisan :)
Selamat berbuka!
^______^

anyss said...

Azza ShanShan: Wsalam. Salam kenal.
Betul tu, kalau tak tulis boleh lupa. boleh kongsi pengalaman tu juga dengan orang lain

anyss said...

Nizam: hu hu hu BETA berasa bangga inche nizam sudi menjengah istana hinggap ini la la la