Thursday, September 9

100penulis = family?


Ehhh, esok raya ke? bukan puasa 31 hari ke? ceittt! mana ada la puasa 31 hari. Wahhh, sampai hati, mentang-mentang esok raya, tak ada orang dah jenguk 100penulis, ni haaa cikda punya entry siapa nak baca? siapa nak komen? sedih ni, hukhuksss. dah mula dah dia melalut. kihkih. okesss, kita masuk point terus la. tak payah duk p mai p mai cam orang putus fius. =)

----Ini adalah entry panjang----


Siapa cikda?

Alang-alang dapat peluang pertama menulis entry secara rasminya apa salahnya perkenalkan diri. Tak gitu? Kira bagi ringkas-ringkas la eh. Cikda atau juga nama yang lebih glamour adalah Aida Ismail. Hehe, Jadi kalau ada Aida Ismail yang komen tu, tak lain tak bukan cikda la tu. Umur? rahsia..lalala, lagi..ermmm, yer, cikda masih belajar di tahun ke-2 Bachelor of Education (Hons) Teaching English as a Second Language di Canterbury Christ Church University, UK, dalam erti kata lain, cikda ni bakal teacher la dan akan mengajar di Sekolah Menengah, posting kat mana tak tahu lagi. Sabah sarawak? Tak mahu tak mahu. buat gedik pulak. Hehe =) dah dah setakat tu je, tak leh bagitahu banyak-banyak. kihkih.

100penulis = family?

Haaa, terasa tak 100penulis ni macam family? a big family, admin kita tu kira 'Papa' kita la kan, hehe, jangan marah yer admin =) tahu-tahu je admin tu laki, entah-entah pompuan..kihkih..haa, dah tu editor-editor yang lain macam mana? editor-editor yang lain dah macam adik-beradik. Wooo, ramai gila adik-beradik, buang tabiat ke apa. Ehhh, bahagia tau dapat adik-beradik ramai. Hehe. Macam ni la, alang-alang dah kita ni satu family, rasanya kan best kalau boleh buat betul-betul suasana family. Maknanya, kalau ada masalah sama-sama kongsi, ada masa kita jumpa, makan sama-sama, lepak sama-sama, tengok movie ke, best kan?? Tapi pleaseee tunggu cikda balik, hukhukss. tapi tak apa la kalau cikda tak ada, next time bila cikda ada pun kita boleh jumpa kan?

Best sangat ke 100penulis?

Nak suruh cakap jujur ke? tipu tak boleh ke?. Hishhh, susah soalan ni. Ermm, jap cikda fikir. To be honest, 100penulis memang sangat best! tak tipu, tak bohong, tak main-main. Tak caya? cuba tanya orang lain. Cikda dapat kenal dengan ramai orang, yang muda yang tua. Yang serius, yang gila-gila. Hehe. Yang best, diaorang datang jengah blog cikda, kat chatbox  tu ada je yang datang blogwalking, hehe. tak terlarat nak blogwalking balik. Apa-apa pun, thank youuu! Bukan tu je, cikda pun dapat kenal dengan blogger dari singapore, blogger yang belajar di egypt pun ada, hishhh, ramai la. Macam-macam ada dengan 100penulis, masing-masing punya gaya, dan identiti tersendiri. Menarik kan?

Perutusan Raya 2010

Raya pun dah diumumkan, esok la kan ? Jumaat. Jadi, cikda nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya, Happy Eid Mubarak, maaf zahir & batin. Diharapkan raya kali ni kita sama-sama mengeratkan silaturrahim dengan keluarga, dan juga berpeluang nak mintak maaf dengan ibu ayah kan? 

p/s : cikda akan berangkat pulang ke UK pada 21hb ni, pukul 1.30 pagi. flight Egypt air, maknanya akan transit di Cairo untuk beberapa jam. Doakan yer perjalanan cikda. Kalau tak ada aral, tahun depan cikda balik lagi. Kihkih. Dan cikda nak bagitahu, beza masa antara Malaysia dan UK adalah 8 jam. UK lambat 8 jam dari Malaysia. Jadi, kalau-kalau ada yang cikda tak sempat nak baca ataupun tulis entry mohon ampun la, apa-apa pun cikda akan usahakan yang termampu. Dah masuk 2nd year, makin busy sikit la. haaa, jangan lupa tau jengah blog cikda yang tak seberapa. Hukhuksss.

With love,

24 comments:

kata kila said...

cikda belikan ole ole dari UK pos kat sini ekekekeke

selamat hari raya jugak ye cikda

Aida Ismail said...

kihkih, kena buat tempahan untuk tahun depan la camni..hehe =)
selamat hari raya kila..

nizam omar said...

selamat hari raya juga.kenapa geng 100penulis xjenguk pun blog saya..sedih nye kena pulau..dah lah nak raya ni..blog ada BE nuffnang.tolong lah datang semua!!

Aida Ismail said...

@nizam, malam nanti cikda jenguk yer..hehe, sume duk sibuk nak raya ni.hehe, selamat hari raya =)

cIk JanNah said...

hye cikda,
nanti balik uk jangan lupe beli somethg tok saya taw taw. lepas tuh pos ke sini. auww over jannah nieh :)

papepon selamat hari raya cikda. makan puas2 taw. nnti balik uk dah x jumpa makanan msia

=)

Aida Ismail said...

@cik jannah, thank uuu! sure, tp make sure, kena gtaw awl2 la..kalau nak ape2..hehe, you too..selamat hari raya, enjoy!! =)

100penulis said...

cikda, me papa ke? dah la kemarin sy kantoi background kaler pink.. haha.. anyway teruskan meneka..

@nizam,
syian nya.. kang nangis lagi.. i visited your blog already k.. klik lg tu :)

Aida Ismail said...

@admin : cikda rasa admin pompuan! hahaha, sebab pilih background kaler pink! tapi x kire nak jgak nak jgak kaler pink. tapi mngkin jugak lelaki, haishh! akan cikda usaha mencari identiti sebenar admin..chaiyook cikda!! kihkih =) selamat hari raya boss =P

KeCiK said...

wewitt !!! ada teslian jgk kat sini, obersea punya teslian lak tu!! giler lah !!! gua local je. haha.. slamat raya !

nur.sa said...

moga cikda selamat pergi dan kembali lagi tahun depan ok. :) best tu study UK.

saya rasa admin kita ni pompuan. sebab cara dia reply email aritu mcm pompuan. heheh. entah betol tak saya tak pasti.

selamat hari raya. saya dah makan rendang. nyum nyum... ^^

Aida Ismail said...

@nur.sa : haaa, mungkin mungkin..sebab admin dh terkantoi buat layout kaler pink..kihkih, boss gurau yer =P

selamat hari raya yer nur.sa, thank u..wahh, dh makan rendang..haish!! jelesss...sob sob..jaga diri tau =)

Malek Ku said...

selamat hari raya noh

ASaDa RyutaRo said...

wohoho~ Selamat Hari Raya Aidilfitri cikda..

alang2 transit kat cairo, mai la dtg beraya rumah asada nti. hehe =P

yeah! 100 penulis sangat best. boss pun best, perahsia orangnya. ngee :D *ampun boss, hari raya ni jangan marah2 ea..

Aida Ismail said...

@malek : hehe, selamat hari raya jugak yer =)

@asada : hoitt, p tunggu cikda kat airport cairo sane, hehe..nti cikda belanja makan burger king kat airport..hehe, ni haa, sorang lagi, hahaha..tapi betul la boss ni perahsia, heran cikda..ni yg menyebabkan cikda ingin tahu identiti sebenar boss kita..hakhak..selamat hari raya asada =)

koshary said...

@asada
pi la jemput cikda kat airport cairo tu jalanjalan naik pyramid giza sambil buat sand castle!

aku ada kat sini time tu, lgipun ak kat Mansoura, jauhhhh. =D

@cikda
nanti balek malaysia balek transit cairo jugak, jgn lupa! nak burger king jugak! =p

*teringin nak join quest mencari identiti admin nieh! boleh kan bos? HEHE

Aida Ismail said...

@koshary,cikda transit kejap je kot..huhu, tp kan, next time cikda nak g cairo, korang dtg jadi tour guide cikda yer..yeahaa!! terima kasih koshary! baiknyaaa..hehe =)

jom2..pakat2 la kita join quest nih, identiti boss perlu diselongkar..kihkih =P

Fina Sophie said...

hai cikda :)

eh ada pakatan komplot mencari identiti papa di sini. hahaha. cikda, admin confirm lelaki nyer. ari tu kantoi background kaler pink, laju je tukar kaler lain. kontrol macho hehe.

@nizam, alamek nizam, jap g saya peri jenguk nizam dekat blog eyhh.. jgn nangis taw, taw :D

tp best juga admin kta ala2 misteri sikit. thrill tu haha.

Aida Ismail said...

@fina : aah la, betul jgak kan..haishh, kalau tak tak kan bos tukar kaler, sy setujuuuu! kihkih..takpe takpe, sama-samalah kita berusaha menyelongkar admin kita yg misteri nih,,hehe ..apa2 pun, selamat hari raya Fina =)

Q said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Q tengok banyak bakal guru dan guru yang jadi blogger (Q pun)
bagus..bagus..
majulah profesyen guru dipersada blogger. hahaha..

Q said...

@cikda - jom usaha reveal admin. tapi dari penulisan macam lelaki la. hahah..jangan mara admin

Aida Ismail said...

@Q, cikda juga rasa begitu, kihkih..jom!! kita sama2 selesaikan misteri ini, hehe..selamat hari raya Q =)

Aida Ismail said...

@kecik !!! cikda terlepas pandang komen kamu..hukhukss, ampun ya..haa, ni nk komen balik..hehe, alah, xp la teslian mana2 pun, hehe..sama je..jap, kecik IP mane?

Aida Ismail said...

nizam.mehhh..cikda ajak..hehe, jom2 sume =) ala, xp la..mana2 pun xp..nti kita buat 100penulis gathering yg gempaq..hehe,buat kat island ke..hehe, mesti besttt!

koshary said...

JOM!!!
*dh semngt niehh!!