Wednesday, December 15

Lima tips beli pakaian terpakai


Pernah beli pakaian terpakai? Pernah guna pakaian terpakai? Tak pernah beli pakaian terpakai tapi berminat nak beli?

Ada beberapa tips untuk membeli-belah dekat vintage shop/bundle/thrift shop/second hand shop.





Korang boleh lah baca sendiri article penuhnya dekat blog the style rookie. Secara ringkasnya, ada lima benda yang perlu dilakukan sebelum dan selepas beli pakaian terpakai:-
1. Betul-betul cek barang yang nak dibeli tu.
Biasalah kan. Barang lama. Maybe ada stain yang tak boleh hilang or ada lubang kecik ke kat kain baju. Kalau beli bag pulak, make sure cek dalam dia takut-takut ada lipas or sampah-sampah lain. Bagi pengguna Islam, kalau beli barangan kulit cek dulu barang tu diperbuat daripada kulit apa. Jangan sampai terbeli barangan yang diperbuat daripada pig skin.

2. Tengok label cara-cara mencuci
Kadang-kadang ada yang kena dry clean or basuh guna warm water. Kena cek sebab kalau tak cek, bila terus masukkan kat dalam mesin basuh kemungkinan fabric pakaian akan rosak. Ni kira nak elak dari beli benda yang akan menyusahkan kita di masa hadapan.

3. Jangan beli sebab terlalu teruja
Biasanya bila shopping dekat vintage shop or bundle, kita jumpa benda yang lain daripada yang lain, or in other words, unik. Tapi benda unik tak semestinya cantik. So, fikir betul-betul sebelum beli sama ada kita akan pakai ke tak benda alah tu. Fikir apa yang kita dah sedia ada supaya tak ada pembaziran.

4. Pastikan muat
Kalau tak ada fitting room macam kat bazar, just kenakan kat badan je lah. Kalau beli online mintak measurements betul-betul.

After dah puas hati with your purchase, balik rumah jangan lupa…

5. Cuci sebelum guna
Ini kalau beli pakaian. Macam beli barang baru juga lah. Kalau boleh, rendam dalam dettol to eliminate germs. God knows mana diorang dapat baju tu and entah siapa-siapa yang dah try. So, ini adalah langkah pencegahan from penyakit kulit :)

One more thing. Sometimes ada bau sikit kan baju-baju yang beli kat kedai barangan terpakai ni. Ha.. Based on my experience, bau tu susah sikit nak hilang. Ada yang dua tiga kali basuh pun still ada bau padahal dah rendam fabric conditioner semua. Tak de lah bau busuk tapi lain sikit lah bau dia. Ada member cakap, bau tu adalah daripada chemicals yang orang kedai bundle guna untuk basuh baju-baju tu tapi it’s not a sure thing. Ni kena tanya sendiri dengan owner bundle shop.



Whatever pun, buy at your own risk.

pssst: Dari pembacaan blog-blog orang-orang yang suka beli barang second hand, most of them elak beli seluar sebab takut previous owner tak suka pakai seluar dalam. oops!



Mengenai Penulis Entri Ini :
nn juga pemilik blog nn meows!, nn spends! dan nn sells!. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nn. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 2007/2010.

15 comments:

chenta said...

erk...takde plak beli barangan kat bundle..sbb selalunya susah nak dapat yg sama size..heheh

Liz said...

kuikui...pernah beli sehelai jer baru berapa hinggit pastu xbeli dah coz ada cerita pasal barangan bundle terutama baju kuikkui

nn said...

haha. member ada juga cerita. i agree. it's not everybody's cup of tea. but for me, i don't really care. orang nak cakap baju from mayat ke, baju curi ke, yang penting, our own faith.


btw, kalau nak selamat, kat bliss shop tu confirm baju derma. hehe

kusut said...

barang2 bundle ni satu je aku tak suke. kebanyakannye nampak comot sgt2. mase bujang2 dulu rajin le jugak gi tengok2 kat bundle.. tapi bile dah sedar i spend too much time looking then buying skarang malas dah nak usha kedai bundle

else baju bundle ok je utk berjimat tapi still beli barang branded

r.k said...

budle rawks . ghua baju raya pun carik bundle apa . heh , memang selera , nak macammana ? tapi cantik dan smart lah . murah pulak tu . nak cari barang rare macam tu payah kat kedai lain .

lagipun kalau bundle ni , osak pun tak sedih sangat , sebab spent 5 hengget je untuk 1 baju . haha

berkenaan bau , yes , itu memang bau bundle . trademark la . semua baju bundle akan bau macam tu . chemical , lambat sikit ilang .. 4 5 kali basuh baru ada bau rumah . XD

nn said...

memang kena cari dengan sangat teliti kalau taknak menyesal masa dah sampai rumah. leceh sikit. tapi kalau dah dapat something yang best, puas gilaa.

tula. best bila jumpa something yang branded. tak mampu nak beli yang baru, dapat yang secondhand pun jadi :)


Latest entry: 1007/2010.

nn said...

@r.k


haha. samalah. most of my clothes/bags beli kat bundle. siap buat raya semua. save duit. tak payah susah-susah mintak parents duit lebih nak beli baju raya.

KeCiK said...

Seluar sekolah menengah gua bundle. Kenapa? Mana nak carik seluar Pyramid Classics/Sub Zero harga rm10?

Yeah, bundle rawks according to r.k. Rare, limited-edition, cheap, vintage, epic, classic.

Ramai orang kata gua cheapskate, gua apa kira. Bundle FTW.

:)

nn said...

That's the spirit! apedehal kan? bundle FTW! :DD

Latest Entry: Hantu Kak Limah

humbleyat said...

selalu tengok kedai bindle tp tak pernah masuk..he2..

sebab dah tau takde saiz kot..

nn said...

kalau yang size 28-30 cemtu senang ah jugak nak cari jeans kat bundle. baju pulak vary. ada yang kecik sangat, ada yang besar sangat, mostly kena alter. kalau 25, tak dapat aaa. huhu


Latest entry: saya nak komplen II

shandye. said...

jarang beli clothes online. selalu beli gadgets ajelah...

so far, what you recommend is true.

betul2 cek barang yg nk dibeli tu. kalau ada contact number, call seller tu tanya betul2 kat dia, mintak dia describe barang tu in extra details n stuff like that.

lepas tu, cuba negotiate dgn seller tentang mcm mana barang tu akan dihantar. as you know, barangan electric atau gadgets ni tak macam baju cuz diorang sensitive sket. klu terjatuh ke ape ke terus rosak. silap2 blom sempat pakai dh rosak masa dlm packaging lg. so baik bincang elok2 dgn seller tentang modus operandi penghantaran. biar sama2 puas hati dan convenient.

nn said...

haah. electronics ni kena extra caution. other than clothes pernah beli jam je. dapat-dapat, battery dah habis. camane tu? nasib baik ada guarantee card. dapat tukar battery free.

shandye. said...

sbb tu la pentingnya berunding dgn seller tu puas2 dulu...

Salim Sedek said...

Sy dh berjinak dgn pakaian bundle sejak 11 thn dulu n hingga kini still shopping di bundle. Apa salahnya? Berdosa ke bli pakaian bundle? Malah menguntungkan beb!!...bru 3 hari lepas sy sambar 1 jeans Tommy Hilfiger vintage...brape?...rm 5 je yop...